Thursday, September 8, 2011

Bukan senang jadi perempuan.

Hello semua gadis, mak gadis nenek gadis sekalian. Yang lelaki-nak-jadi-gadis sila pergi main jauh. Kami memang diskrimanasi. Ehemm.

Peliklah aku isu pondan yang makin menjadi-jadi sekarang ni. Sampai ada yang sanggup simpah asid dekat kau sendiri sebab pondan. Apake bimbo sangat. Belambak perempuan-perempaun yang cun-melecun kat dunia ni ha. Tak payah pergi jauh-jauhlah. Meh datang 1001PEREMPUAN ni pun dah cukup banyak yang aumm! Tak tidur malam kau bang kalau dapat.

Bukan senang nak jadi perempuan ni. Banyak sangat perkara yang mesti diambil berat dan ditimbal-timbal. Kalau aku list ni ha mahu jadi perutusan dahulukala yang panjang melebo tak hengat tu. Tak percaya? Cekidaut!

Okay, memang tipu.

1. Benda paling menyusahkan sekali bagi perempuan adalah HAID. Hangpa cakap seronok sebab tak payah solat puasa? Ceit. Dasar tak boleh jadi ketua keluargalah hangpa semua ni. Pasal solat pun nak berkira. Ada tak hangpa kira berapa banyak kali kami nak kena pi tonyoh darah kat pad tu dalam sehari? Kalau sehari paling lecey pun tukar pad 4 kali, kalau 7 hari? Tu belum kira yang subur bedal sampai 15 hari lagi. Belum kira yang jenis pantang pi kencing, berak dah geli-geli nak salin pad jugak. Hah! Kira sekarang! Duit lagi habis. Masa lagi. nak bergeli tonyoh darah lagi. Mana lagi nak main dengan period pain, emosi tak stabil bagai? Buatnya time tu jugaklah si boyfriend/suami nak mencari masalah, Lepastu yang disalahkan balik perempuan jugak. Hangpa dok bising-bising pasal 'keistimewaan' kami ni, tahu tak kalau tak keluar darah ni, takdanya anak untuk hangpa.

2. Lelaki ni ada satu perangai yang aku tak berkenan. Suka nak mengata perempuan gila MAKE UP/PENJAGAAN KULIT/DIET. Well, bagitahu aku siapa nak buat Kak Limah tu jadi bini? Okaylah hiperbola sangat kot. Tapi kalau macam gini --->

ada sesiapa yang nak bunuh diri lagi tak 2012 ni?

Pernah tak hangpa kaun lelaki semua terfikir kenapa perempuan sangat mementingkan penjagaan kulit sampai ada yang obses? Semuanya sebab nak tambat hati hangpa oi si teruna, bapak teruna. Lumrah manusia yang suka lihat pada kecantikan. Kalau tidak, takkanlah hangpa pakat dok add facebook anak dara cun yang bergetah ja?? Kadang-kadang ada jugak perempuan yang terpaksa bersusah payah untuk jaga kulit ni disebabkan kekasih hati dia. Yelah dah pakse style nak tengok yang cun je, pantang selebet sikit komplen sampai makan hati berulam jantung si gadis tu. Dan untuk kau si lelaki yang seburuk-buruk alam, kalau ada dua perempuan ni mahukan kau, seorang badan macam maria ozawa dan seorang lagi badan macam adibah noor siapa yang dipilih? Tak payah jawab pun takpa, aku dah ada jawapan dah. Heh. Lelaki.

3. PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN jugak dah jadi point buat lelaki zaman ni. Eleh, zaman bercinta boleh lah tak kisahlah sayam tak habis spm pun takpa. Sayam duduk rumah buat anak je. Ptuih. Tengoklah bila anak dah 5,6 orang, sorang masuk U, sorang masuk poly, sorang mrsm, sorang teknik, seorang sekolah pondok, 8  orang lagi sekolah rendah, 2 orang lagi tadika, 9 orang lagi dok menetek. Waktu tu mulalah si suami nak mengungkit. Hey, jangan ingat perempuan je pandai mengungkit. Kemahiran tu jugak selalu sangat kaum-yang-konon-betul-semua ni pertikaikan. Aku paling tak suka dengar "Belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya ke ceruk dapur jugak". Adakah anda tahu bahawasanya kerja-kerja rumah adalah tugas seorang LELAKI? Perempuan ni dijadikan isteri untuk mebantu meringankan suami bukan jadi KULI!

Eh, aku dah malas nak taip panjang-panjang. Nanti rajin-rajin, aku sambung part 2. Ke ada sesiapa nak bidas? Comek? Eszol? Sila-sila.

Ini bukan perempuan ini betina. Hangpa tu terjegil lah tu tengok tu. Heh dasar.

Kesimpulannya, hargailah wanita diseliling anda sebelum mereka hilang dari pangkuan anda. Menyesal dah tak guna oi. Adios~



10 comments:

hanaahmad said...

jadi perempuan perkara paling susah. segala benda perlu dijaga. tapi syukur juga kerna paling banyak peluang memasuki syurga, cuma tunggu direbutkan sahaja.

abghani said...

aku suka gadis nutural beuty...hehehe

catherine- said...

i am fragile.

Ismey said...

hanahmad : betul tu. tp jalan nak masuk syurga tu pun penuh liku :)

abghani : its hard to find the natural beauty one sekarang. kalau pakai pencuci muka pun dah kira letak bhn kimia tahu.

cath : aku pun. :(

HEROICzero said...

membebel lagi ! membebel lagi ! itu lah perempuan ni .

Ismey said...

kalau perempuan tak membebel lelaki yang sunyi.

anak abah said...

saya setuju 100%!

sesungguhnye memang susah menjadi seorang perempuan. Yang lelaki tau nak cari perempuan yang sempurna je.
Tapi bile perempuan buat itu ini untuk menjadi seorang yg sempurna dimata diorang, dituduh banyak kerenah la pulak kan. Heh!

ghost writer said...

perempuan...

hurmm.faham2.

lelaki patut pergunakan sebaik mungkin.tak baik sia-siakan.kang menopaus,rugi jer.

~nazaku~ said...

ghost writer...bgs2 ada 1 phm... :)

Ismey, yg parah jenis yg leaking...aishhh...byk nak cuci tu...huhuhu.. ade lelaki paham tu? :(

Anonymous said...

sy memang tak setuju kenyataan di atas..pe kejadah nak tabbaruj utk cari lelaki..bodoh..pastu kerja2 rumah dh mmg tugas perempuan..mlyn suami,urus anak2...lelaki cari nafkah utk keluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...