Pages

Friday, September 23, 2011

Gagal Lagi. Salah Siapa Ni?



Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Dalam perhubungan, ada pasang surutnya. Semacam pasang surutnya air laut. Tapi bila berkali kali perhubungan gagal, bila berkali kali bertukar pasangan dan tetap juga gagal? Adakah wujudnya keperluan menyalahkan takdir? Perlu. Itu jawapan yang terpacul keluar dari bibir manusia yang putus harapan dan tidak mahu mengakui khilaf sendiri.

Perhubungan pertama gagal. Mungkin jari telunjuk itu tanpa ragu naik hantu untuk dihalakan kepada pihak yang lagi satu. Perhubungan kedua gagal. Jari telunjuk mungkin stay disitu masih terhala kepada pihak lagi satu. Perhubungan ketiga gagal. Ego menebal yang tak terkakis mulai goyah. Si dia tidak disalahkan. Tapi takdir pula yang dilihat sebagai punca kesalahan. Takdir itu pula yang disalahkan. Kerana takdir yang dikatanya punca kesalahn itu, pengganti yang baru ditemukan. Janji dipateri, cinta disimpul mati. Bahtera dikemudi dan dilayari. Entah apa silapnya, perhubungan yang mulanya nampak indah itu tadi, turut gagal. GAGAL LAGI.

Sudah begitu banyak 'percubaan' perhubungan dan masih gagal. Sudah bersilih ganti pasangan. Yang beraut wajah bersegi, yang bujur sirih, dan entah yang bagaimana lagi raut wajah pasangan yang pernah hadir dan singgah bertandang. Masih lagi gagal. Di mana jari telunjuk yang begitu naik hantu itu pergi? Elok disimpan di dalam poket seluar sendiri je lah. Sebab terlalu galak menunjuki jari ke muka orang lain, diri sendiri terlupa. Bila jari yang satu itu dihalakan ke muka orang lain, jari lain yang berbaki tidak sedari menunjuki batang hidung sendiri. Jangan dilupa. Berkali-kali hubungan gagal, pasangan itu berbeza. Tapi adakah kita terlupa sesuatu? Di dalam semua perhubungan yang gagal itu lah, kita tetap ada. Duduk menetap. Yang satu lagi yang berganti.

Berhentilah mengangkat jari telunjuk ke muka orang lain. Biar jari itu berehat. Bila diluruskan jari, biarlah ia lurus bersama jari jari yang lain. Bila jari diregang dan dibengkokkan, biarlah kelima-lima jari itu melakukan perihal yang sama. Berhentilah menjadi begitu 'pilih kasih' dengan si jari telunjuk itu. Dia juga tidak diminta dicipta hanya untuk diangkat, ditunjuki dan ditudingtuding ke arah orang lain.


Bila hubungan berkali kali gagal. Renung diri sendiri. Jika selama ini diri sibuk mengambil tahu menjaja cerita dan perlakuan orang lain. Untuk kali yang ini, tolonglah kenali diri itu siapa. Sifat diri itu bagaimana.

Adakah kau terlalu pushy? Bila si dia kesana kemari harus digantung walkie talkie dileher? Berapa tapak melangkah pun dia harus menyediakan 'laporan' untuk dihantar khabar beritanya. Alasan kau nak buad dia macamtu? Ambil berat. YA. Memang ambil berat. Sampai berat rasa beban pada bahu si dia kau buad. Setiap kali berkomunikasi, dah macam temuduga TESL pula jadinya. Kena provide What? Why? Who? When? and How?. What are you doing? Why are you doing so? When are you gonna back home? bla bla bla. Tapi bagus juga buad macamtu kan. Dari asalnya sebelum dia kenal kau, cuma Okay Thanks Bye je dia tahu cakap, sekarang dia dah boleh cakap Bahasa Inggeris dengan fluent. Perlu tabik hormat kottt. Heh.

Adakah mungkin kau terlalu selalu menyalahkan dia bila ada perselisihan faham? Setiap kali bertengkar, asyik dia dapat lebam. Padahal kau yang start baling periuk belanga dulu. Setiap kali bertengkar, hanya kau yang layak menerima 'maaf', hanya dia yang layak mengucapkan 'maaf'. Bila bertengkar, cuma kau yang layak tarik muncung sedepa. Dia cuma layak untuk senyum dengan pujukan penuh usaha supaya kau akan kembali tersenyum seperti sediakala. One-way memanjang je jadinya. Jalan raya pun ada two way. Inikan pula dalam hal perhubungan. Ehemhem. Kalau cuma one way, orang akan cuma bergerak sehala, dan takkan bertembung muka. Err. Lebih kurang macamtu lah kot? errr.


Kadangkala kena lah menelan pahit air liur sendiri. Kena lah sekali sekala merasa kelat sendiri. Kena akui, kadangkadang diri ada silap. Doplohpat jam tuding orang, entah bilanya nak perasan salah yang berpunca datangnya dari diri sendiri.

Sit back. And relax. Bye. *Dah abes idea*


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...