Pages

Friday, July 29, 2011

Tips Untuk Sang Hati Yang Terjatuh Kepada Kawan Sendiri

Source sini.

Bila berkawan berteman rapat dengan yang berlawanan jantina, itu perkara tipikal bila hati tergeliat, tergelincir terlanjur terjatuh hati kepada sahabat sendiri. Itulah nak, mak pernah pesan "jangan berkawan rapat dengan jantina berlawanan, nanti berlaga perasaan." Kau takmau dengar. Hihi.


Tak salah berkawan dengan yang jantina berlawanan. Acapkali chemistry yang terbina agak awesome untuk ditahan. Bila ada perbezaan jantina, banyak yang boleh dikongsikan. Bukan kongsi perasaan, tapi banyak lagi benda yang mengajar erti tolak ansur dek kerana perbezaan.

Tips ni untuk perempuan2 yang terasa terjatuh hati pada kawan sendiri. First time nak tulis dalam bentuk point :P

1) Perkara paling utama adalah mindset. Bila tersedar ada perasaan aneh yang hadir bila bersama kawan, sila jangan drag dengan memikir perasaan tersebut atau cuba nak explore apakah perasaan yang sedang hadir tu. Ini dapat memgelak daripada perasaan tergali semakin dalam. "Mencegah lebih baik dari mengubati", kan? *tulis memang senang, tapi nak buad mungkin agak sulit, tapi sila cuba.

2) Biasalah kalau dah selalu spend time samasama, akan ada sisi romantik, ambil berat tu hadir tanpa disedari. Ada sifat sifat yang meruntun hati dan jiwa tu akan keluar dengan sendirinya. Jadi cuba jangan 'cepat tersentuh hati'. Perkara asas nak mengelak rasa 'suka' adalah setting pemikiran. Macamana nak buad macamtu? Fikir fikirkan sendiri. :P

3) Kalau cuma dia seorang kawan lelaki, sila cari lebih ramai lagi. :P Apakah? Begini. Bila ada lebih ramai kawan berlawanan jantina, anda boleh menelah/mengagak pola sifat mereka. Terkadang, hati jadi tergeliat jatuh hati disebabkan tersalah tafsir layanan si dia. Kerana kita tak cukup pengetahuan mengenai sifat kaum sejenis mereka. Mungkin sudah begitu cara dan sifat mereka. Bersikap gentleman dsb tu mungkin sudah menjadi kebiasaan bila mereka layan perempuan.

4) Jangan biasakan luang masa berdua. Benda ni akan menyebabkan rasa suka berubah menjadi cinta. Biasakan habiskan masa dalam satu geng besar. Bukan gengster, tapi dengan satu kumpulan bersama kawan kawan yang lain. Tumpuan anda nanti akan menjadi lebih besar. Tidak ter'fokus' kepada si dia je.



5) Kuatkan hati. Bila ada masalah, jangan biasakan menjadikan dia tempat meluah. Odd, isn't it? Dah nama pun kawan baik. Mesti nak cerita semua masalah kat dia kalau boleh. Yeap. Memanglah. Tapi dengan cara tu, memang meningkatkan tendency untuk jatuh hati. Especially bila dia mendengar, memujuk dan menasihati. Tak sengaja dia akan tunjukkan satu sisi perasaan caring. Sentap pula si hati nanti. Boleh meluah pada dia, tapi sebelum tu sila tetapkan hati, "dia cuma kawan aku" dulu. Kalau masalah yang rasa boleh handle, sila jadi lebih independent.

6) Cuba elakkan daripada berbuat perkara perkara yang pasangan bercinta buad;bergurau manja, suka bertentang anak mata, berkepit ke sana kemari berdua, etc. yang bila orang sekeliling pandang, akan menimbulkan tanda tanya tentang status hubungan antara anda dengan si dia tu.

7) dan seterusnya.... anda mungkin ada cara anda sendiri? ehhe.


Apapun, kes terjatuh hati pada kawan sendiri ni dah macam perkara lumrah je. Cuma bergantung pada nasiblah perasaan tu bertepuk sebelah tangan tak berbunyi atau tepukan tangan tu bersambut oleh pihak satu lagi. Kalau kawan yang disukai tu cuma anggap kita kawan biasa, boleh lah cuba praktikkan cara-cara kat atas. Tapi maaflah. Kalau tanya pada aku, memang tips yang keluar based on mindset and thoughts setting. Aku memang jenis yang set hati dan pemikiran dulu. Cara-cara tu berkesan pada aku, taktau lah korang.

But in case perasaan tu berbalas, sila jangan hesitate. Orang kata the best relationship is when you both can act as friends and lovers. Berperasaan terhadap kawan baik tu memang lebih baik sebab dah kenal hati budi dia gituuu kann.


Senang kata, kalau taknak serabut kepala fikir perasaan yang tak pasti, lagi senang beritahu je dia. Whoever yang ada simpan perasaan kat kawan baik dia tu, better confess. Terus terang. Pastu sila siapkan hati, balut awal2 supaya jawapan yang diberi takkan mengguris permukaan dinding hati. Dan sila make sure, bila semua ni dah dibuat, friendship tolonglah remains macam biasa. Jangan korbankan persahabatan sebab perasaan. Confessing tu bunyi macam idea gila, but it really solves semua kekusutan kepala tu. InsyaAllah dia boleh terima. Lelaki cool. Diorang boleh manage. Kita je perempuan selalu risau kalau tersuka kawan, takut friendship dah tak macam biasa nanti. Sila jangan assume. Anda taktahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Please firstly try to do something rather than assuming.

Believe in your friendship, don't assume.


4 comments:

abghani said...

bercinta adalah satu perkara yg mengasyikkan..jiwa rasa sungguh gembira

catherine- said...

ohh~ ai terkesima baca entry ini.
ermm...ai yakin dgn perasaan ai.

kikkiikii~

Anonymous said...

bercinta memang asyik. sakitnya asyik juga. haha.

yakin dengan perasaan sendiri. kiki.

nabila said...

terbaik entry akak. ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...