Pages

Saturday, July 2, 2011

*Peranan Lingerie Dalam Membentuk Tubuh Badan Seorang Perempuan


lihat image itu. cantik kan? sexy kan? horny tak? oppsss.... saya bukan nak melucah di sini ok! saya cuma nak membincangkan seperti yang tertulis pada tajuk di atas. kita mulakan dengan bentuk dahulu. kita ini orang perempuan ada macam-macam saiz dan bentuk. bentuk-bentuk badan perempuan yang berbeza sudah tentunya dipengaruhi oleh genetik atau baka dari kedua ibu bapanya. wanita Asia biasanya badan kecik-kecik, comel jer. tak tinggi sangat, tak rendah sangat. yang sedang-sedang saja.....yang sedang-sedang saja..... bak kata lirik lagu Iwan dangdut. Bagaimana pula wanita keturunan Arab? Amerika? Latino? Spanyol? Nigeria? Parague? ok. di sini saya bekalkan gambaran yang jelas tentang bentuk-bentuk badan wanita yang ada di serata dunia. sila sediakan baldi sebelum menyaksikan pemandangan yang indah ini. takut ada yang berdarah hidung dan berliur tak henti. yerr... saya tahu ramai jer lelaki yang masuk belog ini tapi main sorok-sorok. hepp kamu! mengendap macam tu buat apa? ciom kang~ pengsan! hehe... 

mari kita saksikan pemandangan yang terindah untuk hari ini.






sumber gambar diperolehi dari sini 

yang mana satukah bentuk badan anda wahai sayang-sayang ku sekelian?? thin? skinny? plump? average? bentuk badan voluptuous memang menarik perhatian saya. heh~ athletic pun lawa jugak kan?` sexy! aumm! ok. dulu saya memang sangat mengidamkan bentuk badan ala athletic. tapi disebabkan saya seorang yang pemalu untuk pergi ke gym, dan malas bersenam, maka bentuk badan saya sekarang adalah ... malas nak taip. takut nanti ada yang geram. berbalik kepada tajuk. pilihan lingerie yang tepat sangat penting dalam membentuk dan menjaga keseimbangan postur badan seseorang wanita. ok sebelum itu saya nak tanya. apa yang sayang-sayang tahu pasal lingerie? bra? panties? itu jer? haihh~ *mengelap peluh  kalau tanya orang lelaki memang diorang tahu dua benda tu jer. mungkin juga ada yang tak tahu. terus cepat-cepat pergi google. taip "lingerie". tadaa~ anda disajikan dengan pelbagai design pakaian tidur kaum perempuan. semuanya sexy-sexy belaka. pasti mengundang ghairah lelaki yang melihatnya. cuba kelik pada bridal lingerie pula. apa yang anda akan lihat pada sebahagian dari image-image tersebut adalah lingerie yang menutupi lelemak di bahagian badan. perut terutamanya. ada orang memanggilnya korset. dalam bahasa penjajahnya girdle.

korset diperkenalkan sejak tahun 1820 di Eropah. kalau nak cerita pasal sejarah korset, memanglah sangat panjang. asalnya dari korset jenis besi yang bertujuan untuk melindungi wanita dari berkelakuan curang pada suami, sampailah korset yang diperbuat dari tulang ikan paus dan keluli. tujuan masih sama. untuk melindungi wanita supaya tidak mudah bergerak bebas dalam melakukan apa-apa. ia untuk menjaga moral seseorang anak gadis dalam keluarga. di Eropah dulu, hanya golongan kelas atasan sahaja yang memakai korset. semakin ketat korset tersebut, maka semakin sukar lah wanita itu untuk bergerak dan melakukan kerja. maka, ia dianggap kedudukan wanita itu yang maha suci dikalangan masyarakat umumnya. biasanya dia cuma duduk diam di rumah dan bercantik-cantik sahaja. tak perlu melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas rumah kerana ada bibik yang buatkan untuknya. ohh... walaupun dia nampak cantik, tapi azabnya memakai korset itu hanya dia dan tuhan saja yang tahu. korset pada zaman itu sangat menyakitkan dan tidak selesa dipakai tahuu!!

korset berubah mengikut zaman. dan akhirnya, sehingga sekarang korset masih digunakan tapi bukan tujuan untuk melindungi wanita dari berlaku curang. tapi ia digunakan untuk tujuan kecantikan. ya! korset adalah pakaian dalam yang sangat penting untuk menyokong tulang belakang, mengangkat payudara dan membentuk pinggang orang perempuan. selain menjaga bentuk yang sempurna, ia juga mampu menyembunyikan lelemak di badan.

bagi perempuan yang sekarang ini mempunyi bentuk badan yang kurang menarik, hmm... bentuk macam voluptuous chubby, chubby, plum, BBW atau yang seangkatan dengannya, atau bentuk badan ala average, nak bagi bentuk tu lebih menarik, penggunaan korset adalah jalan terbaik selain diet dan bersenam. aktiviti diet dan bersenam adalah untuk pembakaran lelemak yang berlebihan. bagaimana pula bentuk badan anda selepas itu? adakah menggeleber atau lembik semacam? payudara yang besar akan jatuh bila berat badan susut seiring dengan pengurangan lelemak dibadan. jadi, cara yang terbaik untuk memastikan bentuk payudara kekal cantik adalah dengan memakai pakaian dalam (lingerie) yang bersesuaian untuk memberikan impak bentuk yang menawan hasil daripada usaha anda menurunkan berat badan ataupun nak kurus slim sexy aummm aummmm~

impak ketara bila kita memakai korset ini untuk jangka waktu yang panjang ialah badan akan nampak lebih cantik, (mantap sangat!) tanpa kelihatan lebihan lelemak di celah-celah badan. contoh pinggang, perut, peha, lengan, dan tepi payudara (tak tahu nak panggil apa bahagian tu).

sekarang ini ada baaaaaanyak sangat jenama lingerie yang menawarkan set lingerie body shaping. teknologi semakin canggih maka, design set lingerie body shaping juga telah diperbaiki dengan fabrik yang berkualiti, selamat, selesa dan memenuhi kehendak wanita pada hari ini. anda harus memilih yang manakah yang sesuai untuk badan anda. ada certain fabrik, bila dipakai lama-kelamaan ia akan nampak pecah (tak tahu macamana nak explain sudahh..) ada pulak bila mula-mula pakai elok jer melekat di badan. bila duduk atau bergerak jer, bahagian pinggang tu tergulung masuk ke dalam lalu mencengkam pinggang. bra nya pulak terlalu ketat sehingga menyakitkan garisan bawah payudara. so, anda pilihlah yang mana bagus ikut kesesuaian dan keselesaan badan. set body shaping ini terdiri daripada

1) long girdle
bertujuan untuk mengecilkan bahagian perut, peha dan pinggul dan menyokong punggung supaya kelihatan lebih montok dan pejal

2) waist nipper


bertujuan untuk mengecilkan perut dan membentuk pinggang supaya lebih ramping dan sexy

3) body shaper (korset)

bertujuan untuk menyokong payudara dan meletakkannya pada posisi yang betul sesuai badan. menutup lelemak pada bahagian perut, dan tepi payudara, dan membentuk pinggang supaya lebih ramping dan sexy. selain itu, ia juga memberi sokongan pada tulang belakang.

4) bra dan panties

itu anda tahu apa fungsinya. jangan tanya lagi untuk apa :p~

wahai sayang-sayang sekelian, anda kena tahu apa yang badan anda perlukan. jika anda ingin membeli set lingerie body shaping, hal yang paling penting sekali untuk anda lakukan adalah FITTING. mencuba pakaian dalam itu terlebih dahulu sebelum membelinya. ini kerana saiz badan setiap kita adalah berbeza. silalah jangan terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan set body shaping yang menawarkan FREE SIZE kerana dikhuatiri tidak memenuhi kehendak tubuh badan anda. perkara yang paling selamat anda lakukan untuk membeli set lingerie body shaping ini adalah dengan pergi sendiri ke kedai yang menjualnya, dan MESTI FITTING. kalau kedai itu tidak membenarkan anda fitting dan hanya bertanyakan saiz pinggang, punggung dan dada anda sahaja, lebih baik blah dari situ dengan segera!

sayang-sayang sekelian kena ingat, memakai lingerie body shaping memerlukan kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi. pada awalnya anda akan merasa kurang selesa. tapi lama-kelamaan, anda akan merasai sendiri perubahan dan anda akan semakin menyukainya. minimum penggunaan lingerie set body shaping ini adalah 8 jam. dan badan kita memerlukan keselesaan sepanjang 8 jam itu untuk bekerja dan melakukan aktiviti kesukaan kita. jadi, silalah ikuti nasihat saya ini. penat saya taip tahuu!! jangan bazirkan wang anda pada sesuatu yang tidak mendatangkan keuntungan pada anda. mungkin anda terpaksa melabur wang yang lebih untuk mendapatkan penjual set lingerie body shaping yang menawarkan servis "fitting dulu sebelum beli". tapi saya yakin, pelaburan anda tidak akan sia-sia.

sesungguhnya, bentuk badan adalah nyawa kedua seorang wanita.


13 comments:

Marhaenonymous said...

erkk..!!berdarah hidung..

*taip komen sambil tutup mata.

Danish. said...

rambang mata -.-

saya mahu hourglasss!

Anonymous said...

*berdarah hidung*

Raihana Izzati said...

saya thin w/assests.

lulz~





*menaip dalam kadar yang cepat

Akim Iqbal said...

kenapa aku klik.. hemoglobin jd tak stabil terus..

Comek said...

I'm thick w/assests. keh keh keh.

catherine- said...

im super thick ;p~

~nazaku~ said...

cat ~~~ yer la tu.. :P

aku ? hourglass kot... siok kan? aksi2 ehem.. hahahhaha...

Amiey White said...

nak solid . tsk tsk tsk

sahidzan said...

gila...mantap siot...

berdebar-debar.

Anonymous said...

nice rina! jom shopping lingerie

AkuMuzikFilem said...

semacam satu fetish buat aku. huhu.

Asfan Ash said...

soalan serius 1 - yg komen ni byk laki mengapakah

soalan serius 2 - fitting tu tak kotor ke kalau dah try?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...