Pages

Thursday, July 7, 2011

Topeng Keburukan Adalah Kecantikan

Cantik dan buruk.
Perkataan yang membawa maksud berlawanan.

Kebiasaannya cantik akan di kaitkan dengan perempuan.
Dan buruk juga perempuan yang dapat.
See sungguh bertuahkan mereka mereka yang berjantina perempuan nie.
Diorang cantik dan dan dan diorang juga yang buruk. keh keh keh.


Ok itu bukan agenda asal aku up entri nie.
Aku sekadar nak berkongsi pernyataan bahawa "Topeng Keburukan Adalah Kecantikan."
Faham ke idak?
Kira macam kecantikan akan membuat manusia lupa, leka, alpa, tak sedar akan tentang keburukan yang ada pada pasangan.
Pada aku pernyataan nie banyak kebenarannya.


                           [ Benda tipikal manusia guna untuk menyatakan kecantikan ]


Ayat ayat jiwang yang biasa manusia guna. Tak kira lah apa jantina.


"You cantik laksana bulan yang di pagari bintang."
"Mata u sweetlah! Bulat macam bulan."
"Bila i rindu u, i akan pandang bulan. Sebab u cantik macam bulan."
"Tapi bila u datang bulan, dah hilang dah cantik u." Ok yang nie tak lawak.



See, bulan di katakan subjek yang paling indah.
Even secara jujurnya sifat bulan itu berkawah kawah, tandus. Gersang.


Sama juga macam perempuan.
If yang cantik cantik nie mudah je dapat perhatian.
Contoh kalau stay dekat mall then ada perempuan lalu muka flawless gila then siap pakai shawl Hana Takasima tak ke jantung jejantans macam aku nie bagi positive signal?
Kira first impression yang lap lip lap lip dalam otak nie bagitau perempuan tu CANTIK!
Lagi lagi kalau perempuan tu bagi feedback baik punya.
Jejantans baru je pandang.
Dia dah senyum macam kambing nak mengawan.
Tak ke jadi gila jejantans nie semua ye dak?


Then bila dah agak lama kenal, baru nampak belang dia.
Gambar dekat album Facebook masih terkawal.
Berlitup semua nyah oiii.
Tup tap tup tap time dia tak online dalam waktu yang agak lama ada kawan dia yang bingai tag gambar masa clubbing malam Jumaat lepas.
Tak ke jejantans macam aku nie haru gila sebab apa yang di sangka permata hanya kaca.
Dah kena cari lagi calon untuk tunjuk kat mak ye dak?
Bukan jejantans nie demand nak yang baik je dari semua segi.
Ye idak. Jejantans tak kisah.
Tapi golongan mak mak sekarang ramai dah yang pandai berfacebook juga.
Buatnya mak pihak jejantans dok add perempuan tu tak ke naya nampak dia pakai skirt apa semua ye dak?


Sama juga macam yang dah berumah tangga. Baru baru nikah oh mak ai bahagia sungguh. Jalan sana sini dok berkepit. Tiap tiap malam macam malam Jumaat dah. Memang tak nampak jalan keluar dari bilik tu dah.
Then bila usia perkahwinan dah agak lama mula lah teruji dengan hijab keburukan pasangan terselak satu persatu. Yang si suami muka hensem suci macam calon Imam Muda masa bercinta tup tap tup tap rupanya penagih porno. Yang si isteri pula muka sopan cakap lemah lembut masa hangat bercinta rupanya jenis tak jumpa hari pagi. Masak pun stok goreng goreng je yang reti. Dah haru biru rumah tangga.

So pada yang tengah dok hangat macam tak ingat dunia punya bercinta dengan manusia yang boleh di katakan enak untuk di jadikan santapan mata, skodeng skodeng lah keburukan pasangan anda. Kalau dah jumpa keburukannye tu jangan nak di sumpah seranah. Cuba bincang elok elok. Tak payah nak demand sangat. Hangpa tu pun bukan baik sangat ye dak? Setiap manusia punya keburukan sendiri.
Tapi kalau yang dah memang buruk lepastu keburukannya beratur panjang ambil turn nak tunjuk taring, memang payah la. Susah dah nak cerita.

Meh aku nak selitkan sikit kata kata dari Matlutfhi yang aku rasa ada benarnya.

Matlufthi,
Sebenaqnya orang cantik dalam dunia nie sikit ja, kalau hangpa amik sepuluh kawan hangpa, dua belas dari depa tak cantik. Kalau kira sekali dengan hangpa jadi tiga belas la. Tapi di sebabkan tivi dok tunjuk rancangan orang cantik cantik, internet dok tunjuk gambar orang cantik cantik, lagu pun lagu direct punya cantik kan. Kita dok ingat orang cantik ramai dalam dunia nie.


So pada perempuan perempuan yang sememangnya cantik sejak azali tanpa ada suntikan botox atau kolagen segala, jagalah kecantikan anda sebaiknya. Pada yang tak berapa nak lawa, jangan risau. Just jaga kelakuan sebab tetap akan ada yang suka dekat anda. Kbai.


p/s : Aku rasa macam ada yang tak kena dengan tajuk tu. =.=

4 comments:

Danish. said...

first!!!~

Danish. said...

oke. nak baca *khusyuk*

Danish. said...

matluthfiii! *pengsan*

Comek said...

saja bubuh ayat matlutfhi sebab tau dia baca. keh keh keh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...