Entry repost lagi dari blog sendiri. Akibat kekangan masa dan idea, maka repost lah apa yang ada. ==
Ramadhan bakal menjengah tiba. Kedatangan Ramadhan biasanya disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran oleh umat Islam. Bulan penuh keberkatan. Bulan yang mula lah manusia berlumba-lumba cari karung guni nak isi banyak-banyak pahala. Kalau bulan lain Al-Quran cuma terletak cantik dalam almari kaca, sekarang lah masanya nak bawak keluar nak selak sehelai dua untuk dibaca. Tak begitu, cik Kiah? Hihi.
Fadhilat puasa menurut Islam, aku kira semua ringan jari kan untuk mengGoogle sendiri? Entry kali ni cuma nak cerita fenomena bulan puasa dan kebiasaan yang orang buad waktu bulan puasa.
Bila datang bulan puasa ni, waktu ni lah masjid masjid cantik cantik yang pada bulan bulan lain cuma menjadi 'hiasan' macam lampu kelap kelip jalan tu; mula berpenghuni dengan manusia yang ingin beribadat terutamanya solat tarawikh. Itu pun kebiasaan buat dalam 4 ke 8 rakaat. Nak buat sampai 20 rakaat? Hemphh. Kena fikir panjang dulu. Masuk rakaat ke lapan, belum masuk lagi pun 3 rakaat yang witir, dah mula kebas kaki dah macam nak patah pinggang sebab tak biasa buad solat sunat lama lama sangat. Ni mesti waktu buka tadi dok mencekik sampai nak terkeluar balik makanan. Sebab tu tak larat? Err. No komen.
Aku kadangkadang turut berasa begitu waktu solat tarawikh. Lenguh sana. Kebas sini. Itu lah mindset kita. Macamanalah tak sakit badan sana sini. Bila waktu bulan puasa baru nak buat benda sunat. Baru nak istiqamah yang wajib. Macamana badan tu nak tahan lama kan? Haaaa. Tu dia dah mula dahhh nak bagi ceramah freeee. ;)
Biasanya awal bulan, penuh lah masjid tu waktu solat sunat tarawikh. Semangat Ramadhan masih membara katanya. Alhamdulillah, ramai yang datang mengimarahkan masjid. Bila dah hujung hujung bulan tu, "aik? dah lengang?" Kenapa? Apa api semangat tadi dah padam ditimpa hujan? Bukan sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan tu yang patut dikejar? "Bukan taknak pergi, tapi tu lah. Busyyyy buat persiapan raya ni." Ramai takde masa lah. Lagi lagi perempuan. Almaklumlah tak menyempat nak buad persediaan 'grand' untuk Raya katanya. Raya dah nak dekat ni. Padahal bulan puasa pun belum nak masuk lagi. ;P
Bila puasa, mula lah dah terliur bayangkan macam macam makanan yang ada kat Bazar Ramadhan. "Plan nak beli satu dua jenis je buat buka, kat rumah pun dah masak tadi. Beli air soya sebungkus dengan kuih singgit dah lah." Tu diaaa. Niat dah ada dah. Baekkk punya niat. Sampai je bazar, hamek kau. Ayam dah gumbira bergolek golek atas bara api dengan rempah dia yang dah menitis-nitis kat arang. Ikan pari bakar dah macam dok melambai lambai je mintak dibeli. Yang nasi kerabu dia, mak aih. Kecur air liuq. Banjir dah dalam mulut tu. Tak mampu nak tahan! Last last penuh tempat duduk belakang dengan makanan sampai tak nampak cermin belakang dah bila nak reverse kereta. Masih nak salahkan syaitan goda lagi ke? Hihi.
Kalau ikut kalendar, insyaAllah dalam hari Isnin dah mula puasa.
"Dah nak masuk bulan puasa dah? Alamakkk kain langsir baju raya kuih raya apa semua tak ready lagiiiii. Tak lama nak raya dahhh." Yang perempuan mula biru muka. Suspens punya pasal. Risau sangat kalau Raya nanti langsir tak berganti, baju raya takbeli. Takde yang baru, tak feel lah raya orang kataaaaa. Kebiasaannya orang kalau bab raya memang eksaited tak ingat dunia. Semua nak baru. Sofa baru. TV plasma nak baru. Sampai alas kaki pun nak baru juga? Masalahh kalau sampai macamtu.
Takboleh salahkan orang juga, tengok je lah kat media massa media eletrik elektronik ke hapa semua. Yang kat tv, belum pun masuk bulan puasa dah sibuk tayang iklan Raya. "Sale Kamdar! Kain langsir kain baju termurah! Potongan sehingga 80%!" Tak sawan Mak Bedah sebelah tu nampak iklan macamtu? Boleh jadi taksenang duduk dibuatnya si Mak Bedah nak pergi serang Kamdar. Dah lah baru lepas selak surat khabar tadi penuh iklan SALE sampai juling bijik mata. Macamana lah nak tahan nafsu kalau dah macamtu kan? Hihi. Kesian Mak Bedah jadi bahan pulak. ;P
Raya, raya juga. Yang puasa ni lebih utama. Disamping banyak fadhilatnya, waktu ni lah kita nak jinakkan hawa nafsu yang dah memang obese besar tu. Kalau bulan puasa kita boleh kawal nafsu, kenapa tak boleh buat pada bulan bulan yang lain? Kalau bulan puasa boleh luangkan lebih masa untuk beribadat kepadaNya, kenapa bulan bulan lain takboleh? "Bukan takboleh, tak mampu nak tepis godaan syaitan je sebenarnya. Yelah. Bulan puasa kan syaitan kena rantai? Bulan lain dia tak kena rantai dahh", kata Ali kepada ibunya. ;P Bulan Syawal nak meraikan 'kemenangan' kita umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Bukan takat tahan makan minum je, yang nurani tu juga kena tahan. Nak sambut 'hari kemenangan' tu pun berpada-pada lah. Sambut sederhana je. Walau dah menang pun, kena lah rendah diri juga ye dokk? Hihi.
Selamat Menghadapi Bulan Ramadhan! :)
No comments:
Post a Comment