Di sebabkan ada teman yang menghadapi masalah, aku repostedkan entri ini.
Masalah boleh dikatakan subjek paling wajib dalam meladeni kehidupan.
Berlainan orang akan mempunyai cara yang berlainan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
[ Lebih elok kau menangis sehingga comot begini dari kau melakukan perkara yang
akan kau sesali kemudian hari atas kesalahan diri ]
Ya. Pada aku itu lebih baik.
Bukan kerana aku suka melihat kau menangis. Bukan.
Tapi itu lebih baik daripada kau bersembunyi sambil memikir agenda yang berbahaya.
Itu boleh menjadi bencana.
Masalah.
Bukan seperti insan yang memegang pistol di balapan.
Bila saat picu ditarik dan melepaskan peluru kapur, kau perlu berlari sekuat hati tanpa ada perancangan teliti.
Boleh terjatuh walau ada sebutir pasir di lorong larian.
Kau yang akan sakit sendiri. Kan?
Masalah kau perlu tangani.
Ya. Aku tahu itu sukar.
Kerana masalah boleh menyebab kan insan mendakapkan muka ke tanah kerana mahu menyembunyikan wajah yang gundah.
Namun sampai bila kau mahu berlari?
Sampai insan lain lupa kewujudan kau di muka bumi?
Aku ketawa geli hati.
[ Menyendiri boleh menjadi terapi untuk kau melihat kesilapan diri ]
Ya. Kadang kala kita perlu menyendiri.
Menyendiri untuk melihat kesilapan apa yang kita lakukan atas kehendak hati.
Kehendak hati yang kadang kala membawa bencana kepada diri.
Kehendak hati perlu di iringi dengan minda yang teliti.
Masalah bukan untuk insan lari daripadanya.
Masalah gunanya untuk di selesaikan.
Di selesaikan dengan cara yang sempurna.
Bukan dengan mengambil cara mudah melangkah pergi.
Ya. Aku tahu sukar untuk menyelesaikan masalah.
Tapi tidak salah kau mencuba.
Biarlah berkali kali kau gagal, mana tahu kali yang seterusnya kau berjaya.
Saat itu kau akan tersenyum sambil bersyukur ke hadrat Illahi.
Masalah ada baiknya.
Sebab masalah akan menjadikan kau lebih dewasa.
Kau akan dapat melihat dunia dari satu sudut yang berbeza.
Dan kau akan tahu apa itu muslihat, apa itu agenda dan apa itu propaganda dunia.
Ya. Kau masih muda.
Mungkin kerana itu juga kau mahu mengambil jalan mudah.
Jalan mudah yang sebenarnya berbisa. Tersiksa.
Jalan yang menyongsang arus. Berlawan.
Bisa bertembung dengan yang di hadapan.
Ingat.
Tiada jalan yang mudah.
Tiada jalan yang ringkas. Singkat.
Tiada. Namun kau perlu juga laluinya wahai si darah muda.
Mungkin kau sudah putus harapan.
Mungkin kau sangka kau sudah jatuh terduduk tidak berdaya.
Namun kau perlu tahu bahawa ada yang ingin menghulur lengan untuk kau berpaut. Bertahan.
Ada yang ingin menjadi penampan saat kau terjatuh agar sakit kau tidak terasa.
Jika kau sangka kau punya masalah terbesar dalam dunia, kau salah.
Saat kau hanya terduduk, ada insan yang sudah terbaring. Tidak bermaya.
Seperti insan yang meminta nyawa.
Ingatlah, ada insan yang mempunyai masalah yang berkaitan nyawa.
Hidup. Mati. Lagi besar masalah yang di hadapi.
[ Mata hitam, buntang. Namun hati kau masih merah. Aku yakin ]
Hukuman.
Ya. Perkara yang aku rasa setiap insan gentar.
Meremang bulu roma sehingga peluh jantan betina seirama menitis.
Namun hukuman itu bukan bermakna kau kalah. Tidak!
Hukuman itu sebagai pengajaran agar kau tidak mengulangi kesilapan.
Jika kau tidak menerima hukuman, kemungkinan besar kau akan melakukan semula perkara yang sama.
Insan yang memberi hukuman bukan kerana tidak pedulikan rayuan kau.
Tetapi kerana mereka ingin berubah.
Kerana mereka masih sayang. Masih ambil berat dengan diri kau.
Yakinlah. Mereka sayang. Bukan benci.
Menangislah. Aku lebih rela melihat kau menangis saat ini daripada kau menangis kemudian hari kerana tersilap mengambil jalan untuk kau lalui.
Seka sisa air mata yang keluar dari tubir mata.
Senyumlah dengan senyuman yang bukan di paksa.
[ Aku harap dapat melihat senyuman secomel ini lagi dari wajah cantik itu ]
10 comments:
Aku terasa.
Walaupun ini bukan untuk aku.
-.-
:) ini untuk semua wanita.
termasuk kamu.
Running away is not the solution.
but it helps to ease the sorrow.
lagi kau lari, lagi bnyk masalah timpa
@Raihana Izzati : Ya. Tapi kita tetap perlu patah balik untuk selesaikan nya walau dah jauh kiita berlari.
@Siti Mashitah Saidin : Sebab tu kita kena berhadapan even sangat besar masalah tersebut.
Masalah memang sengaja diciptakan menyakitkan, terasa tidak mungkin untuk diselesaikan. Agar kita benar-benar serius menghadapi kehidupan. :) nice blog
http://www.al-alif.co.cc/2010/11/karena-bahagia-adalah-pilihan.html
dan aku x pernah berhenti berharap.
comek!!!
@handsfreeshoppe : Masalah mematangkan kita untuk meladeni duania yang serba mencabar kan?
@catherine- : Bagus! Sentiada harapan di hadapan. Just kadang kadang tersorok kot. haha.
saya mahu lari ! dan tak mahu berpaling lagi!.
danish
Kalau terjelupuk bangun lagi dan lari lagi?
Post a Comment