Lama aku tak meraban kat sini. Rindu nyeeeeeeeeeee. Kikiki. *Gelak aku sekarang makin manja tahu. Banyak sudah info yang kamu semua dapatkan kat sini? Aku pun tengah kumpul duit nak beli lingerie, bra, panties, tampon bla.. bla.. bla.. Haih, susah rupanya jadi perempuan nikan?
Tapi pelikkan? Kenapalah lelaki jarang sangat nak menghargai perempuan yang hidupnya penuh dengan 1001 kesusahan untuk memberi yang terbaik buat lelaki?
Cinta sekarang bukan lagi dari hati dan bertatu sampai mati. Cinta kini hanya bernafsu tubuh badan yang thin w/assets, handal bergaya, dan handal melayan nafsu serakah suami di ranjang. Buktinya? Dulu perempuan itulah yang kau puja-puja, yang kau goda untuk dijadikan permaisuri di teratak cinta. Tapi bila perempuan itu badan mula menggelebeh, tetek mula melondeh kerana melahirkan zuriat yang kau hendakkan, kau berpaling darinya dan mencari vagina lain yang masih ranum. Alasan kau, tekanan di tempat kerja, isteri yang tak pandai berhias untuk suami, sunah nabi.
Tapi pernah kau fikir penghambaan seorang isteri kepada kau? Mengorbankan segala kebahagiaan seorang perempuan hanya untuk menuruti segala arahan kau? Kenapa perlu di cari kelemahan sedangkan betapa banyak pengorbanan yang dicurahkan. Apakah itu yang dinamakan cinta?
Kau lelaki. Terlalu banyak mengorek sedalam-dalamnya kesalahan seorang wanita. Adakah kerana kau lelaki, diri itu sudah terlalu maksum? Tiada secalit dosa yang mengotori? Terpampang di blog-blog para ustaz instant sekarang ini dengan 1001 penghinaan dan makian terhadap perempuan. Heh. Kau bilang pada kami cepat melenting bila ditegur tapi kau pun lupa yang kau turut tercuit bila kami menegur kembali cara peneguran kalian. Sebagai lelaki, imam kami. Kau seharusnya mempunyai pekerti yang lebih baik dari kami kerana kaulah yang bakal mendidik kami dan anak-anak kita nanti. Tapi kalau kau kini sewenang-wenangnya mencarut, memaki dengan kesilapan kami, layakkah kau menjadi seorang suami?
Ya, mungkin pada kamu semua, kami yang membenarkan maruah kami dihenyak oleh kamu semua. Tapi bukankah sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang menghulurkan tangan untuk membersihkan kotoran kami ini? Kami perempuan sebenarnya terleka. Terleka dalam mengejar kebahagiaan dunia. Tapi kau tahu untuk siapa kami kejarkan? Untuk kamu semua wahai lelaki. Kami mengejar yang terbaik untuk dipersembahkan kepada kau. Kalau tidak, pasti kami akan dicurangi.
Lelaki, kenapa kau sering mempertikaikan kesucian seorang perempuan? Adakah kau terlalu suci dari dosa dan noda sehingga kau pandang jijik pada perempuan yang hilang kesuciannya. Sebelum kau letakkan segala kesalahan di atas bahu kami ini, ada kau fikir siapa yang merayu menggoda para perempuan ini untuk menyerahkan kesuciannya? Kau pasti tahu bukan, perempuan makhluk Tuhan yang lemah. Perempuan tidak tahan pujukan. Kalau kamu semua lelaki yang baik, tidak akan terlintas sedikit pun difikiran kau untuk meragut kesucian kami, perempuan.
Tapi kau harus ingat sesuatu sayang, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Jika kau pernah merosakkan satu perempuan, Jangan kau bermimipi mahukan perempuan sesuci bidadari syurga. Ini bukan karma. Ini ketetapan oleh Tuhan.
Jadi, silalah jawab persoalan ini sayangku.
5 comments:
ya betul... nak yg perfect, tapi diri sendiri tak perfect. Allah itu adil.
terbaekkk!!
aku tak pernah pertikaikan..
luc : Baguslah kalau ada 10 lelaki macam kau.
knp tidak semua mcm luc? knp? knp?
10 x cukup tahuu... huk huk *emo!
Post a Comment