Pages

Thursday, July 14, 2011

*Peranan Ibu Dalam Menjaga Kecantikkan Anak Gadisnya


Hai hai sayang sayang semua. Tajuk di atas sangat meletup ayatnya. Macam saya ini sudah mempunyai pengalaman menjadi ibu di usia muda. Mendukung bayi baru lahir pun masih takut-takut, lagilah nak cerita hal keibuan. Maaflah akak-akak sekelian. Saya ini belum berkahwin. Apapun, sebagai seorang gadis yang mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi ibu, dan sudah menyimpan hasrat untuk menjadi ibu yang paling best untuk anak-anak saya, ingin sangat saya berkongsi cerita dan pengalaman di sini. Entry kali ini mungkin agak bosan. Tiada gambar yang menarik untuk tatapan anda semua wahai homosapien XY. Untuk pengetahuan, entry ini adalah kesinambungan daripada entry saya sebelum ini iaitu peranan lingerie dalam membentuk tubuh badan seseorang perempuan. Yer. Apa kaitannya pula dengan golongan ibu?

Ibu adalah orang yang paling dekat sekali dengan anak perempuannya dalam hidup. Ibu adalah wanita yang melahirkan dan membesarkan dan lebih mengenali fizikal anak sedari lahir hinggalah dia dewasa. Oleh itu, golongan ibu mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk kecantikkan anak gadisnya seawal usia muda lagi. Bagaimana bentuk dan tingkah laku serta tabiat anak perempuannya berhubung kait secara langsung dengan didikan dan ajaran dari ibunya. Sesibuk mana pun golongan ibu pada tugasan harian sebagai pekerja dan urusan dalam rumahtangga, jangan lupa mengambil berat tentang kecantikkan anak perempuan anda.

Semasa saya berada dalam darjah 3, saya  mengenali seorang kawan perempuan yang sebaya. Orangnya berkulit putih cerah kemerahan dan baru tumbuh dada. Saya juga sama. Dada sudah mula rasa sakit-sakit bengkak semacam. Saya sudah pandai malu untuk tidak berbaju dalam. Saya belajar memakai tank top untuk kaver bengkak di dada sebelum mengenakan uniform sekolah. Kawan saya itu, biarlah saya namakan dia sebagai Vero. Di dalam kelas Vero duduk di sebelah saya dan dia adalah seorang anak ustazah. Pada usia yang masih hingusan lagi dia sudah bertudung berbaju kurung ke sekolah. Saya masih lagi dengan uniform biru tua paras lutut.

Satu hal yang unik tentang Vero ialah jari tangannya. Jari-jarinya panjang dan melentik bengkok ketepi –tepi keluar. Setiap kali kami membanding-bandingkan tangan dan jari masing-masing, saya pasti akan ketawakan dia. Lucu tengok jarinya yang melentik tapi tidak lurus ke depan. Pelik pun ada. Untuk apa membanding-bandingkan tangan dan jari itu janganlah di tanya. Saya pun dah tak ingat kenapa. Biasalah budak-budak. Sesuatu yang pelik pasti kita akan mentertawakannya. Curious pun ada.

“kenapa jari tangan awak macam tu?”
“entahhh. Memang tangan saya macam ni sejak lahir”

***

“mama, mama nak tahu tak orang ada kawan kann… tangannya melentik pastu macam ni… haa macam nii jari tangannya maa…” sambil menunjukkan pada mama dengan aksi memaksa jari-jari menjadi bentuk seperti jari tangan si kawan,-Vero.

“mama dia tak urut la tuu sejak baby. Tangan baby kan lembut semasa baru lahir. Masa tu mungkin tangan dia lahir-lahir jer memang macam tu, pastu mama dia biarkan. Bila dah besar tu yang jadi macam tu…”

“mama selalu picit lurut-lurutkan jari-jari sayang tauu… terutama time sayang tidur. Mama buat begitu supaya tangan jadi  cantik dan nampak runcing. Tengok tangan sayang niii… runcing kannn?” 
“owhh… ye ke macam tu ma?” sambil senyum tanda bangga punya mama yang penyayang dan prihatin.

***

Apapun dialog di atas bukanlah untuk menyalahkan mama Vero tak pandai jaga anak. Mungkin dia muda lagi masa tu dan tak sedar akan kejadian jari tangan Vero. Dan kalaupun mamanya Vero sedar akan kejadian itu, mungkin juga dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Hanya berserah dan redha saja dengan takdir Tuhan. Bersyukur anaknya selamat dan sihat dilahirkan. Itu sudah memadai baginya.

Pepatah mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak diibaratkan sebagai kanvas putih. Apa lukisan yang kita lakarkan padanya, itulah warna dan rupanya. Anak juga diibaratkan sebagai tanah liat. Apapun bentuk yang kita ukirkan padanya, itulah kejadiannya.  

Pada usia 11 tahun, kalau tak silaplah yer… Ini saya cuba remind balik. Dada saya sudah sepenuhnya bengkak. Sudah mula kelihatan bonjolan. Malu?? Yerr saya akui saya malu dada sudah tumbuh. Selalu nak jalan membongkok. Sebab nak kaver dari di lihat oleh kawan-kawan. Tapi mama selalu marah. Siap kena tepuk belakang kuat-kuat supaya jangan jalan membongkok. Lama-kelamaan saya pasrah. Yer saya sudah mempunyai dada yang terbonjol dan seharusnya saya berbangga. Ada rahsia di sebalik buah dada saya ini. Semuanya kerana mama. Lain kali saya ceritakan okey… buat masa ini saya rasa agak malu untuk berkongsi di sini. Yang pasti mama memang menjaga buah dada saya sejak awal tumbuh lagi sehingga saya masuk sekolah menengah. Masa tu mama dah lepaskan tanggungjawabnya  pada coli untuk menjaga buah dada saya. Hihi~ *blushing 

Seingat saya, saya mula memakai coli pada umur 12 tahun. Suatu hari tu mama bawa saya pergi ke pasaraya untuk membeli belah. Memang selalunya mama akan keluar shopping dengan saya. Kemana pergi mama selalu bawa saya. Hari itu mama menyuruh saya memilih coli. Saya dengan riangnya membelek-belek jenama bee dees. Fabriknya yang lembut dan bentuknya yang comel menarik perhatian saya. Kakak salesgirl yang tolong pilihkan. Kakak salesgirl siap jeling-jeling ke arah dada saya untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian. Malu jugak di tengok macam tu tapi saya peduli apa. Saya dah excited sangat sebab pada hari itu saya akan memiliki coli pertama di dalam hidup saya. Mama menyuruh saya mencuba beberapa helai di dalam fitting room. Sebab dah selalu sangat tengok mama pakai coli setiap kali selepas mandi, jadi saya dah tahu macamana nak pakai. Kali pertama memakai coli sikitpun saya tak rasa kekok malah tak sabar untuk mengenakannya pergi ke sekolah.

Suatu hari tu, saya menjadi tumpuan sebab pakai coli pergi ke sekolah. Budak-budak lelaki yang tengok saya saling berbisik sesama mereka lalu ketawa. Entah apa yang lucunya saya pun tak tahu. Lalu sejak hari itu saya selalu di ejek dan di buli oleh budak-budak lelaki kerana saya pakai coli pergi ke sekolah. Saya buat tak endah jer dengan ejekan mereka. Saya anggap mereka budak hingusan yang tak merasa lagi sakitnya anu mereka bila dikhatan. Coli pun mereka nak geli-geli. Macam tak pernah tengok coli kakak tergantung kat ampaian rumah jer. Ahh.. bodoh sungguh budak-budak lelaki. Mereka tak tahu lagi disebalik coli itu ada sesuatu yang ... ...yang ... okkk! dah tak tahu nak sambung ayat apa. Cikgu-cikgu lelaki pula ada yang suka mengusik-ngusik saya. Saya anggap cikgu-cikgu lelaki itu memahami yang saya sudah menuju dewasa. Ohh… serius saya tak tahu kalau ada dikalangan cikgu-cikgu itu adalah pedophilia. Haihh~ naïf sungguh saya masa tu.

Mama mengajar saya untuk membawa fail lekap ke dada supaya budak lelaki tidak memegangnya. Mama selalu pesan,”jangan bagi budak lelaki pegang. Haram!” Yang bestnya, sejak hari itu saya rasa hebat pula sebab kawan-kawan perempuan menjadikan saya sebagai rujukan tentang coli dan juga cara-cara memakai pad dengan betul. Yer, pada usia 12 tahun saya sudah datang haid.

Pengalaman kali pertama datang haid memang saya panik gila. Siapa tak panik tiba-tiba anu berdarah!! Nasib baik mama ada menenangkan. Hari tu jugak mama ajar doa mandi hadas besar. Disuruh hafal sebab nanti dah habis darah tu nanti mandi dah tahu nak baca apa. Selang beberapa hari kemudian, mama memberikan saya 2 helai long girdle. Haa… masa tu lah saya mengenali long girdle. Mama cakap,

“Pakai ni supaya tak takut bocor”
”Pakai ni setiap kali datang haid supaya pad tak jatuh masa berlari-lari waktu bersukan.”

==”

Saya iyakan saja. Dulu-dulu mana ada pad yang bersayap. Jadi kebocoran tepi memang sering berlaku. Sekarang tidak lagi dengan adanya pad yang bersayap dan ukuran yang memanjang kebelakang. Saya mengamalkan memakai long girdle itu sehingga lah habis spm.

Saya menyesal bila berhenti memakai long girdle sejak itu. Silap mama sebab tak bagitahu fungsi sebenar long girdle itu dari awal. Kalau tahu, memang saya takkan berhenti memakainya. Sekarang ini perut, peha dan pinggang semakin mengembang. Saya perlu meremajakan semula kesemuanya. Haihh~

Menjadi ibu yang prihatin tentang kecantikkan anak gadisnya tidak lah susah mana. Apa yang arwah mama saya lakukan pada saya selama ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa menjaga kecantikkan haruslah bermula sedari usia awal remaja lagi.

Tahu takkkk,…!! Saya tak sabar nak kahwin, ada anak perempuan dan berkongsi segalanya dengan anak perempuan saya tuu...! 


>>.<< 

8 comments:

aan said...

as expected from rina~this is ohsem!

eszol raar said...

*malu*



aku pernah ejek golongan kau ni dulu



.

Anonymous said...

Naissss!

Jamie said...

Oh macam ni rupanya sejarah gadis-gadis. *angguk2*








Yang benar,
Abang Zack.

catherine- said...

aan: pengalaman yg mendewasakan :)

eszol: hahaha~ aku dpt bayangkan muka kau mcm mana masa tu! hahahaha!! :p

lucifer: tQ~ *bongkar rahsia di sini rs sikit x malu ;)


jamie: hai abang zack! :)

intan.maisarah said...

hee~
sekolah semua perempuan dulu..



.. blush

Marhaenonymous said...

err..err..tumpang lalu.

khrlhsym said...

saya seorang gadis yang terperangkap didalam tubuh seorang lelaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...