This entry is reposted from here.
******
As a typical girl, I can tell sebenarnya rajuk wanita semuanya bersebab. Depends jugak sebab tu adalah sebesar tracktor atau setakat benda kecik sebesar hama. Cuma terpulang kepada si Lelaki dia menilai entah macamana. Bagi lelaki, well I am describing in general yang lelaki memang takfikir atau kurang berfikir sesuatu benda remeh temeh macam perempuan yang every detail dia akan ambil kira. Mungkin ada istilah merajuk takbersebab tu muncul bila lelaki consider alasan tu kat perempuan yang merajuk dek hal hal kecik mikroskopik.
Aku single. Aku taktau macamana orang berpasangan punya hal bila si perempuan mula bela muncung. But logically, yes. Bila perempuan jatuh hati kepada seseorang lelaki, dia ada berharap lelaki tu menjaga sensitiviti dan hati dia. Dia mahu rasa selamat dan dilindungi. Sebab tu bila laki dia ada silap sikit dia mudah terasa nak dibanding bila kawan dia yang buad silap. Bunyi macam tak adil, bukan? Kadangkala si lelaki dah teliti habis cuba nak jaga hati, tapi tetap juga yang perempuan nak panjangkan muncung itik berdepa-depa.
Guys, you have to understands sometimes; bila perempuan lebih kerap merajuk dengan kau, tu suatu perlakuan yang menggambarkan dia lebih menyayangi kau daripada orang lain.
Dengan merajuk, dia berharap kau akan lebih memberikan perhatian terhadap perkara perkara yang kau anggap remeh temeh.
Perempuan memang suka acting as a complex being. Dia takmahu tunjuk perasaan sebenar, dia suka memendam and the best part is, perempuan suka buad signal badan yang bermaksud "kau pahampaham sendiri lah". Perempuan memang jenis manusia yang suka sangat nak bagi hint.
Malangnya, dengan bertindak sebegitu belum tentu lagi lelaki ada masa nak perasan semua bahasa badan perempuan tu menunjukkan apa. Perempuan juga kena faham, lelaki tak ambil pusing benda-benda 'pahampaham sendiri' ni. Sebab lelaki suka benda yang memudahkan. Bagi lelaki, kau ada masalah, kau beritahu. Straight to the point, tiada sebarang kona kona baru nak sampai point macam perempuan suka buad. Ada jalan pintas, still lagi nak guna jalan jauh yang dah macam ular kena palu. Padahal destinasinya sama. Macamtu lah pendirian lelaki secara amnya. *kalau salah tolong betulkan :P
The truth is, perempuan memang komplikated. And the other fact is, perempuan dia teliti. Bukan niat nak menyusahkan orang lain dengan berperangai 'berlapiklapik kalau bercakap' atau 'merajuk takbersebab', tapi niat sebenarnya cuma nak lelaki faham yang orang perempuan ni halus jiwanya. Mudah tersentuh. Dan mementingkan semua benda dengan detail walaupun sekecik bakteria baik.
Senang kata macam ni je lah. Guna toleration and discussion. Perbezaan antara lelaki dan perempuan tu wujud untuk masing masing cuba fahami dan mensintesis perangai masing masing. Baru ada keharmonian dalam perhubungan.
Selamat jalan.
9 comments:
aaaa.. memeng dah betei la tu point2 nye cik ida oii..
ckp baik2 dgn org puan...
tak gitue... hihihi...
entry ini sgt best!
yerr....sy kuat merajuk!
sila pujukkk!!!!!!
ceh..pompuan ni memang makhluk yang sukar di ramal.
patutlah awek aku suka merajuk..hehe
Ha betul. Perempuan mmg komplikated. Even saya prempuan tp saya admit benda tu. Haha
mak aku kata, bila aku merajuk, muncung boleh sangkut hanger... betapa hodohnya kan..
Menyampah aku.Kekadang rasa nak lempang je bini kuat merajuk ni. Tapi, tetap sayang jugak. :)
Betul la..pompuan mmg kuat merajuk..bende2 kecik pun nk merajuk (aku la tu..haha)..tp cukupla suami pegang tgn terus berbunge2 ati...blom bg ayat power lg..senang gile nk pujuk..cube suami kite yg merajuk...susahnye nk pujuk tu mcm nk jwb soalan exam ptd...
Post a Comment