Pages

Thursday, June 9, 2011

Hawa

Untuk semua wanita
Cantiknya wanita di dunia buat si lelaki terlupa
Cantik yang subjektif; hanya manusia buta yang menilai rupa
Tiada wanita; siapa nak jadi bapa
Tanpa wanita; aku dan semua bukanlah sesiapa
Tapi kadang-kadang kita alpa
Layan mereka entah apa-apa
Untuk kaum terletak dibawah telapak kakinya syurga
Ibu sampai 4 kali diagung sebelum bapa
Wanita letaknya begitu agung atas dari jejaka-jejaka
Tengok saja akibat Tanggang yang derhaka
Jadi batu ke akhir zaman si anak celaka
Untuk adik-adik yang meningkat usia
Anak dara orang pula jangan dibuat suka-suka
Ingat senang mak ayah besarkan mereka?
Untuk isteri-isteri teristimewa
Wanita dicipta bukan untuk dikagumi; tapi sebagai sumber kebahagiaan suami dia bawa
Hargai dan hormati mereka bukan kerana rupa; tapi sebab mereka adalah Hawa


Penulis import,


2 comments:

dreary dreamx said...

kadang2 lelaki lupa untuk menghormati kita sebagai perempuan . Dan kadang2 perempuan juga terlupa untuk buat dirinya dihormati dan dipandang tinggi :(

Kontrol Histeria said...

HAWA! i'm in love

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...