Pages

Friday, June 17, 2011

Tudung. This is my hijab-ies diary.

*entry ini dipetik dari blog Pure saints and Shits milik aku yang tak seberapa ni. So ayat di bawah dah lama dikarang. Bukan dua tiga minggu yang lalu. -_-''

Entry ni tak berniat nak menyinggung mana mana pihak. Aku sekadar menjawap soalan si penanya. Segala kesinggungan ? amat dikesali.

********
Dua tiga minggu ni entah kenapa tibatiba muncul pula kiriman kiriman email bertanya pendapat dan nasihat dalam inbox yahoomail aku. Mostly tanya pasal relationship pulak tuu. =.="

Last entry aku dah post pendapat aku pasal relationship cik adik manes m**i yang terperangkap dalam cinta tiga segi. Alhamdulillah respons positif telah diberikan oleh si pengirim email. Aku assume tu jawapan untuk beberapa lagi email pasal relationship yang masuk dalam inbox mail aku. Takperlu rasanya nak ulang beri pendapat tentang perkara yang hampir sama lah kott? Err aku sebenarnya langsung takpaham kenapa lately banyak email tanya pasal relationship kat aku. Maaf tu je entry yang aku boleh buad utk hal2 pandangan pasal relationship ni. Cukuplah satu entry eh. Kang takpasalpasal silap haribulan aku pulak yang emo mengenang relationship lalu. HAHA. Oke tak lawak.

Entry kali ni adalah pandangan aku pasal tudung atas permintaan seorang pembaca blog aku. Secara spesifiknya, lebih kurang macam ni lah soalan beliau;

Soalan satu; Niat bertudung tu perlu ke ikhlas baru betul memenuhi tuntutan menutup aurat?
Soalan dua; Kalau macam trend sekarang ni, macam shawl tu semua boleh ke di consider sebagai 'bertudung'?

Err seriously agak mencabar lah kot soalan cenggini ni kan bagi aku yang cetek ilmu neh. Aku mohon kalau aku ada silap pendapat atau nampak macam nak buad ajaran sesat ke kan, tolong lah tegur aku eh. Aku cuba bagi pendapat aku secara bersederhana dan takmelampau ye. :)


Untuk soalan pertama tu. Ni lah sedikit sebanyak pandangan aku. Mengikut setakat yang aku tau, syarat menutup aurat takde pulak wajib niat tu kena ikhlas nak tutup aurat; dalam kes ni niat kalau nak pakai tudung. Bagi aku lah kan, kalau nak tunggu hati betul betul ikhlas utk pakai tudung, alamatnya boleh dikira dengan jari lah berapa ketul je perempuan yang pakai tudung. Eheh. Aku berani bet ramai je perempuan pakai tudung bukan disebabkan memang niat rela hati ikhlas suci nak pakai tudung. Siapa nak bet dgn aku? HAHA. Ramai je yang bertudung disebabkan dah tradisi dan kebiasaan dalam keluarga. Takut kena marah makbapak kalau takpakai tudung. Malu la pulak kalau tibatiba kau sorang je takpakai tudung dalam family. Kang kena kondem dengan makbapak atau pakcikmakcik sendiri memang takpasalpasal je carik penyakit kan? HAHA.


ALLAH SWT mewajibkan perempuan untuk menutup aurat. Jatuhnya hukum menutup aurat tu adalah straight daripada Allah SWT sendiri kan. Jadi kau ikhlas ke, kau nak mencarut dalam hati sebab terpaksa ke, asalkan kau laksanakan suruhan Allah yang satu tu, kau dah dikira melaksanakannya walaupun seriously kau tak ikhlas langsung pun. Haaa macamtu lah.

Jadi takde alasan lah kau nak kata,

"Hati saya belum terbuka untuk pakai tudung. Saya selesa begini. Bila sampai waktunya nanti saya rasa nak pakai tudung, saya pakailah."

Atau ada sesetengah perempuan bagi alasan macamni,

"Walaupun aku takpakai tudung, pakaian aku lagi sopan daripada yang pakai tudung. Aku jaga solat. Aku puasa. Aku beri sedekah. Aku takde lah jahat pun kalau takpakai tudung."

"Eleh. Orang pakai tudung pun perangai lagi teruk daripada aku yang takpakai tudung ni. Walaupun aku macamni, aku tau gak jaga diri aku, jaga maruah aku. Aku takde buad benda2 taksenonoh."
First of all, well ini lah antara alasan terkukuh aku waktu aku tak bertudung dulu. Aku pun baru berapa kerdipan mata je sarung tudung ni kat atas kepala aku. Alhamdulillah harapharapnya aku kekal dengan imej bertudung. Semoga imej ni boleh di'upgrade' jadi lebih baik sikit masa lagi. Insya Allah.

Hellooooo cik kak oi. Kau cakap tunggu sampai seru baru nak bertudung tu macamlah kau tu sure hidup sampai bila? Bila kau mention kau takbertudung pun kau baik, kau sopan takbuad jahat tu macamlah kau dah pasti banyak sungguh amal kebaikan kau dah buad. Atau memang dah dijamin masuk syurga je sampai takpakai tudung pun tak apa, kau masih masuk syurga. Heh. Dan lagi satu, perlu ke banding perangai orang bertudung dengan orang takbertudung macam kau? Well bagi aku. Perangai dia nak teruk mana tu lantak dia lah. Jangan salahkan dia sebab dia tu bertudung. Bertudung ke tak manusia juga. Buad salah juga. Perangai elok tak elok tu tanggungjawab memasing. Lagipun tu bukan kerja kau nak judge orang tu baik ke orang ni tak ke. Benda yang kau perlu buad, kau takbuad. Benda urusan Allah untuk menilai pula yang kau buad. At least dia dah laksanakan lah juga perintah Allah yang satu tu. Habis yang kau tu bila lagi?

Tu diaa. Hamek kau. Keji punya ayat aku bagi. Ayat tu pun aku bagi pada diri aku sendiri jugak. Aku pun pernah freehair. Biar aku sendiri pun terasa. HAHA. Biar padan dengan muka aku.

Hal niat ikhlas tak ikhlas tu sebenarnya tak jadi masalah. Asalkan tanggungjawab tu dilaksanakan, dah dikira terlaksanalah. Tak kira lah kau ikhlas ke tak ke. Kalaupun kau bertudung disebabkan trend bertudung tibatiba macam nampak cool je, nampak cantik je untuk kau, well teruskanlah. InsyaAllah kalau kau istiqamah buad benda tu walaupun mulamula cuma nak ikut trend, tak apa lah. Pelan pelan la kayuh sampan orang kata kan. Atas alasan apa pun kau bertudung, asalkan kau buad, kau dah kira melaksanakan tuntutan bertudung tu. Jadi niat kena ikhlas nak bertudung tu bukan syarat wajib kau nak bertudung.

Macam budak yang belajar puasa. Makbapak umpan guna hadiah lah duit lah nak ajar anak diorang tu supaya belajar puasa, supaya tau puasa bila dah besar nanti. Taksalah langsung pun. Walaupun dia berpuasa sebab makbapak dia sogok dengan wang atau hadiah, asalkan dia berpuasa, pahala puasa tu dia dapatlah. Mulamula dia puasa sebab dapat ganjaran, insyaAllah esok dah besar panjang nanti tau lah dia berpuasa disebabkan tu dah tanggungjawab dia kepada Maha Pencipta. Lebih kurang macamtuu lah teori dia dengan niat bertudung tu. Dah kata wajib, maka wajib lah. Bukan tunggu hati ikhlas baru boleh buad. :)

Soalan dua tu pasal shawl tu dikira bertudung ke tak tu, bagi aku asalkan digunakan untuk menutup aurat, makanya nggak ada msalah dong. Shawl tu sama je dengan jenisjenis tudung lain yang ada di pasaran. Yang tudung bawal lah. Tudung Wardina lah. Tudung itu lah ini lah macam macam nama ada. Kau pilih je nak pakai tudung apa. Nak pakai alas meja kat rumah pun takpe asalkan bertudung menutup aurat.

Shawl tu perlu lah menepati ciri2 bertudung menutup aurat tu. Kalau yang shawl jarang gila nampak leher atau yang jenis jaring jaring macam jala ikan yang terang2an jarang tu, jangan pulak kau kata tu dikira bertudung. Kan ada yang jenis macam pashmina tu, yang berfabrik tebal tu. Pakai lah yang tu. Apa susah? Lagi satu kalau nak bersanggul tu agak2 lah kan. Kalau dah sampai kes pakai inner scarf yang ada sanggul tiruan tu, kau fikirfikirlah sendiri ye boleh takboleh. Kalau sanggul betul takpe lah jugak. Dah memang ada sanggul besar dah nak buad macam mana kan? Kalau takde sanggul tu jangan memandai terlebih pandai pula nak guna sanggul tiruan biar nampak cantik. WTFuuuuuu.

Tu je. Aku gak baru je mula bertudung. Aku tak bajet bagus oke sorryyy sikittt you ollss. Takbaik lah kutuk aku belakangbelakang kannn. HAHA. Post ni ditulis untuk ingatan aku sendiri disamping menjawap soalan si penanya soalan yang mahukan jawapan bagi soalan yang ditanyakannya tu. Err apakah? Haha. Semoga soalan kau terjawap wahai cik adik. Semoga hati aku kukuh utuh untuk terus bertudung dan meng'upgrade' tahap penampilan diri aku. InsyaAllah.

Syukran Jazilan ya readers! :D

notakukukakiku : kalau entry ini berbunyi kasar dan terlalu explicit atau terlalu berterus terang atau membuad sesiapa 'sakit bontot', ini yang dikatakan sebagai 'kebenaran itu pahit untuk ditelan'. takpe. air akar kayu boleh telan? so. kira boleh telan juga lah yang ni. ehhe. *tazkirah jumaat.



2 comments:

cik maira said...

pesanan utk diri sendiri. Yaa, yg pahit itu harus di telan jugak. Sama2 lah kita berubah menjadi insan yg Lebih baik dan sempurna disisi-NYA. x rugi pun berubah ke arah jln yang diredhai-NYA. Dpt pahala lagi adalah. :)
Thanks utk entry ini.

Anonymous said...

yep3....betoi3
xpyh tggu ikhlas nak pakai tdung, perkara wajib --> no kompromi, kalo x buat dosala jwbnya...kalo dok tunggu ikhlas, tp xikhlas2 jgak camna?..2. wajib tutup aurat dgn sempurna bukn wajib pakai tdung...awk nak balut satu badan dgn plastik sampah pun takpa...asalkn plastik smph tu xjrg, xketat dan buatlah lobg2 supaya awk boleh bernafas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...