Tuesday, June 28, 2011

Perempuan Melayu Dan Sindiket Dadah. Kenapa??

Huh. Gua emo teruk kot hari ni. Apekedehal perempuan selalu kena point, bro? Gua memang tak puas hati. Tapi gua terpaksa emo sorang-sorang. Gua terpaksa peluk lutut gua kat tepi penjuru bilik sorang-sorang. Kenapa? Sebab memang dah realiti perempuan senang kena tipu kena perdaya. Pahit pun gua terpaksa telan.

Lu yang perempuan tu. Lu tak setuju dengan kata-kata gua? Lu nak buat muncung itik panjang berdepa-depa? Gua bagi lu tali. Lu orang ikat muncung lu orang sendiri. Hari ni gua tak layan perempuan muncung-muncung ni.

Gua tak main main bro. Gua serius.

Hari ni gua bernada serius. Gua punya entri hari ni takde benda-benda jiwang besi berkarat. So gua rasa takde sorang pun minah yang akan tersipu-sipu terkedip bulu mata lepas baca entry  ni. Kalau masih ada yang dok tergesel gesel jugak kat tepi tiang lepas ni, lebih baik lu blah. Pergi gesel kat tempat lain. Yang lelaki pun, lu orang kena baca kalau takmau awek lu lari tinggalkan lu sebab nak jadi penagih cinta lelaki Afrika. =..=

Perempuan melesia senang kena perangkap? Lebih tepat lagi kalau gua tulis; Perempuan Melayu kita senang jadi mangsa tipu daya? Lu yang bakal terasa tu. Siap sedia panggang punggung sendiri. Nasib lah lu panggang sampai masak ke tak. Gua nak cerita pasal isu semasa melibatkan lu yang perempuan Melayu. Gua nak beritahu pasal kes sindiket seludup dadah ke luar negara.

Gua bukan nak racist kat sini. Ni blog 1Malaysia. Heh? Gua bukan nak berat sebelah asyik nak kutuk bangsa sendiri. Tapi ini realiti bukan fantasi. Gua takcakap kes sindiket dadah antarabangsa ni takde perempuan bangsa lain yang terlibat. Tapi lu fikir sendiri. Bila ada kes entah apa-apa. Bukan bangsa Melayu jadi yang pertamaxx?
*gua buat xx tu sebab gua bangga. Gua nak bagi hug.

Apekejadahnya sebab perempuan Melayu suka sangat terjebak dengan sindiket ni? Gua list kan 2 modus operandi utama. Apa sebab perempuan Melayu kita senang betul masuk perangkap tipu daya. Lepastu lu orang sila ambil masa pergi sejukkan punggung tu.

1) Beroperasi dengan bertopengkan 'tawaran pekerjaan lumayan' yang menjanjikan kemewahan.

Lumrah bro benda ni jadi sebab utama perempuan melesia kena tipu. Waktu sekolah, bercinta. Habis waktu pergi sekolah, berjimba berpesta ria. Keluar slip peperiksaan, dakwat hitam macam mustahil nak guna tapi dakwat merah penuh atas slip. Huruf "G" hampir tertulis pada setiap subjek pelajaran yang lu orang amek. Tamat sekolah takat takat SPM je sebab dah tak minat belajar, tapi sibuk nak bekerja. Kerja kedai reload topup sebulan dua, resign. Bosan katanya lelaki hidung belang asyik datang kedai mengganggu. Gaji pun kecik sangat takat lepas nak buat makan minum sendiri. Kerja sana sini pun tak tetap. Asyik berhenti kerja. Macam biasa. Gaji kecik. Waktu belajar tak fikir pula masa depan. Dah habis sekolah dengan result ciput lagi nak demand gaji besar hidup mewah berumah berkolam renang.

Perempuan type ni senang kena jerat dengan janji-janji pekerjaan yang tak guna slip peperiksaan tapi gaji lumayan boleh beli apartment, atau kondominium atas bukit. Kerjanya gampang. Lu boleh ke luar negara tak perlu nak modal apa. Lu cuma perlu bawak 'barang penting' dan hantar pada orang yang tertentu yang dah ditetapkan. Kau tak perlu buat apa sangat. Tak perlu banting tulang 4 kerat, tak perlu membazir keringat. Cuma pergi sampai kan barang. Gampang kan? Gaji banyak pula angka kosong kat belakang. Takpayah belajar tinggi-tinggi jadi ahli politik yang seumur hidup berkerut dahi memikirkan macamana cara nak majukan telan duit rakyat.

Biasanya memang perempuan jenis ini lah yang mudah kena umpan dengan pekerjaan yang menjanjikan kemewahan. Jangan terkejut kalau gua kata kebanyakan kes, perempuan perempuan ni semua takpernah tau pun selama ni yang dia dok usung sana sini tu dadah. =..=

2) Jerat manesnya kurma ini cinta lelaki warga asing.

Yang ni seriously gua sakit hati. Perempuan Melayu senang ditabur janji. Nak jerat diorang ni senang je. Lu takpayah sesusah nak tanam tebu tepi bibir ke apa. Sebab perempuan kita guna gula kampit je dah cukup nak buat diorang sangkut. Tapi gua cakap ni bukan untuk kau lah, bro. Untuk lelaki-lelaki berkulit hitam bertubuh sasa agak-agak muka bengis tahap karma punya. Gua sedang bercakap tentang lelaki Afrika. =..= Kenapa eh kebanyakan perempuan Melayu yang terjerat dengan sindiket ni suka cinta mati dekat lelaki warga asing Afrika? Gua blank. Serius gua blank. Lu orang ada cowok Afrika? Sila jelaskan sebabnya mengapa. Gua tensen ni memikir.

awhhhh =..=

Biasalah perempuan takberapa nak reti bersyukur. Dok skeptik dengan lelaki tempatan. Dok anti dok benci taknak tengok muka lelaki bangsa sendiri. Katanya lelaki bangsa sendiri jahat. Penipu. Main mainkan cinta. Katanya lelaki asing itu romantika. Memahami. Tahu ambil hati. Poket penuh dengan not not seratus ringgit. Setakat sejambak bunga hari hari, takdak hal lah. Lelaki Melayu? Hemphh. Nak harapkan sekuntum bunga pun, bertahun-tahun tunggu belum tentu boleh nak bagi. See? Lu tengoklah perangai eksyen perempuan Melayu kita sekarang.

Dan gua sedih. Kebanyakan kes terjerat cinta lelaki asing ni kebanyakan budak IPT macam gua. Takpasalpasal orang pandang gua amcam gua ada balak Afrika. Padahal balak gua pure jawa. Kesian balak gua. Bila dah terjerat cinta, jadi sayang gila. Lelaki asing ajak tinggalkan melesia kononnya nak bina hidup lebik baik di luar negara. Lu orang ikut. Lu orang konon setia. Lu orang tinggalkan keluarga. Konon lu orang rasa itulah cinta. Hakptui.

Harapkan panas sampai ke petang, tapi hujan pula di tengah hari. Takpasalpasal kantoi bawak dadah waktu lu kat luar negara. Lelaki lu sayang entah ke mana. Lu orang ke bicara. Kena penjara. Mana pergi cinta? Mana pergi jejaka Afrika? LOL.

4 comments:

Comek said...

Gua Seth Tan. Gua boleh beri mawar sebonet. Ada yang berkenan? E-mail gua.

Amiey White said...

bila difikir . perempuan lemah dengan perasaan sendiri . nak kaya , cantik dan disayangi(konon) . aduhai

MiZ Rayy said...

dlu penah sorg pgwai polis nie dtg untuk program dadah2 apa ntah..
dia ckp, slalu yg jd mgsa ialah pmpuan yg xlawa, sbbnya kmbg2 itam nie bla tngok awek xcun, xda org nak, dia mula la ayt.. awek nie plak xpnh kna ayat.. skali kna ayt, apa lg, lentok arr.. itam pon itam laa..

ntah la.. dia yg ckp..

catherine- said...

komen miz rayy mungkin ada betulnya. sbb yang kes gadis mesia kena penjara kt china tu mmg x lawa. erpp~ bukan nk kutuk. tp pelik kan~ camne dia leh jadi pengedar dadah.

=="

kesian dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...