Pages

Wednesday, June 22, 2011

Lemahnya diri ini..


Lemahnya diri ini, 
baru sikit Allah uji dengan sakit duniawi,
daku sudah rebah tak mampu berdiri.

Lemahnya diri ini,
baru saja bayu dunia menyapa sipi ke pipi,
aku sudah melayang tak sedar diri,
sudah lupa yang aku masih bertapak di Bumi,
Bukannya di puncak KLCC.

Lemahnya diri ini,
Baru sekelumit keindahan wajah diberi,
Kulit mulus putih berseri penangan Fair & Lovely,
Aku mula membangga diri,
Tak menyedari ia bukannya kekal sampai mati.
Esok-esok pasti kedut mengisi.

Lemahnya diri ini, 
baru sedikit kejayaan dunia di beri,
sudah lupa siapa yang memberi,
semuanya hasil kita sepenuhnya sendiri kata hati.

Lemahnya diri ini, 
baru sehalus butiran pasir kebaikan diberi,
seringgit sedekah dikasi seulas senyuman menghiasi,
Ujub dan riak sudah memenuhi tabir hati.

Lemahnya diri ini,
baru diiuji dengan seorang lelaki,
Yang jodohnya masih tidak pasti,
Iman terus diletak ketepi,
nafsu mula mengawal diri.

Lemahnya diri ini,
Nikmat yang ada di sisi kiriman Ilahi,
Iphone, LV atau Gucci jadi aksesori diri,
tetap alpa mahu mensyukuri.

Lemahnya diri ini,
baru patah hati, 
sudah meratap pilu mahu membawa diri,
off handphone, deactive fb,
berniat tidak ingin bangkit lagi.

Lemahnya diri ini,
asyik ralit dengan dunia maya ini,
hingga realiti ditinggal sepi.

original one is taken here : syahadah
got the text from : MyDemon

3 comments:

AkuBukanLelaki said...

lemah sungguh
carilah kekuatan disebalik kelemahan

HEROICzero said...

Abang faham. orang perempuan memang lemah2 begitu. tak apa.

Encik Psychopath said...

lemah bace.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...