Perempuan sangat benci kepada suatu pembohongan. Tak kiralah pembohongan itu serius atau tak. Sebagai contoh, lu mesej awek lu then awek lu tanya lu dekat mana. Lu jawab duduk rumah layan blog 1001 PEREMPUAN. Padahal lu duduk kat warung layan Wrestling dengan otai otai kampung. Pada lu itu satu pembohongan kecil yang tidak akan membawa masalah. Tapi jika kekasih lu tahu itu semua jawabnya tarik muncung lah awek lu tu. Dah lu kena wujudkan sesi pujuk memujuk ye dak? Nak menipu tu biar master dulu. Menuntut dengan mana mana kaki drama.
Perempuan lebih mementingkan perbuatan daripada kata kata. Perempuan sekarang lebih pandai. Mereka kebiasaannya nak lu buktikan dahulu segala janji janji yang lu sendiri tak ingat entah dah berapa banyak dah lu tabur. Kalau yang mudah tergoda dengan kata kata semata itu pun biasanya budak budak sekolah.
Perempuan sememangnya ratu drama. Tak kisahlah drama Melayu ke sinetron ke. Kebiasaannya mereka sangat suka di kejar dan bukan mengejar. Mereka akan bermain tolak menolak manja. Mulut bicara "tidak" tetapi hati mendayu sebut "nak". Bila sang lelaki nyampah putus asa baru mereka nak menangis tersedu sedan.
So pada pria yang dok menunggu seseorang perempuan macam tunggul kayu tu, bawak bawak ler bersabar. Sebulan dua cair lah minah tu. Kalau tak cair cair jugak mungkin perempuan tu jenis one way. Pandai pandailah lu fahamkan one way tu apa ye dak.
Perempuan nie suka lelaki yang jenis pemaaf. Tak kesahlah hal kecik ke hal besar alam ke dia mesti sentiasa mengharapkan pihak lelaki yang minta maaf dulu. Itu bukan gedik, tapi itu menampakkan bahawa perempuan itu jiwa nya halus. Lagi lagi kalau time mula mula nak usha, lelaki tersilap sikit then terus minta maaf jawabnya perempuan dah terbayang muka Seth Tan dah kat muka lelaki tu. Tapi tak semua perempuan macam tu. Ada juga perempuan yang tak suka lelaki yang selalu minta maaf walau lelaki tu tak tahu apa salah dia. Pandai pandailah selidik perempuan perempuan dekat sekeliling tu macam mana kalau nak melancarkan sesebuah hubungan. Setiap perempuan itu punya keunikan tersendiri ye dak.
Kalau perempuan terdekat jenis yang lemah lembut sopan ayu manis selalu menjadi bahan bualan makcik makcik kumpulan berzanzi untuk di jadikan calon menantu tiba tiba berubah watak menjadi The Rock, itu tandanya mereka datang bulan. Bila mana mereka datang bulan, perubahan hormon di dalam badan akan mempengaruhi emosi mereka. Lagipun sakit masa datang bulan nie wei. Sampai tertonggeng tonggeng classmate gua dulu. Sebagai lelaki perasaan ingin tolong tu mesti ada ye dak? Macho lah katakan. Last last gua yang kena sumpah seranah.
Seorang perempuan akan cenderung mengatakan dirinya gemuk. Tahap kekonfiusan seorang perempuan terhadap fizikal mereka sangat sangat tinggi. Sampaikan gua nak dok kaji tentang hal ini pun pening. Lagi lagi kalau ada gambar sorang awek dekat Facebook. Kawan sejantina dok puji lah "You cantik lah. Slim je." Yang awek tu jawab "Mana ada. I gemuk lah. :( ". Rasa nak bagi ceramah sepam dua je. Tapi inilah lumrah mereka. Kecelaruan mengenai fizikal. Cik awek pun samalah macam nie. Sampai gaduh gaduh dengan gua sebab dia kata dia gemuk. Last last gua mengalah dah.
Perempuan sukakan hadiah. Bukan bermakna suka hadiah mereka tu kaki spedo. Bukan. Tapi hadiah kan melambangkan keikhlasan dan secara automatik diorang akan rasa di hargai. Kalau nak bagi hadiah tu lebih bermakna bagi material. Kalau setakat coklat tu manisnye sekejap je. Lagi bagus kalau lu buat sendiri. Tahap penerimaan tu berganda ganda lebih senyuman dari barang yang lu beli made in China tu. Gua tau sebab gua pernah buat. keh keh keh.
Pujian. Perempuan nie kebiasaannya sukakan pujian. Tak kiralah pujian tentang penampilan ke tentang perangai ke. Hati diorang rasa di usap usap manja dengan pujian tu. Contohnya diorang pakai shawl terlilit lilit gaya macam nak tercekik bagai. Walau nampak serabut tapi kalau lu puji sikit terkedip kedip lah mata perempuan tu. Tapi jangan puji lebih lebih. Perempuan dapat tahu cara pujian tu ikhlas atau sekadar nak menyedapkan hati je.
*ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian gua je. Maaflah kalau ada yang terasa.
10 comments:
well, dari pengalaman 'bercinta' aku lah kononnya, mr boyfie aku yg benci kat pembohongan, walopun bohong kecik je. bila dia dpt tahu, mmg teruk dia merajuk. mcm dlm contoh yg kau bagi, aku ckp "ni nak tido la ni.." padahal aku masih lagi dok sibuk online. aku ckp aku nak tido sbb aku malas nak layan dia mesej tym aku online. T__T
kadang2 tanya aku dah mandi, dah makan. eh bukan kadang2, tapi selaluuuu..! lepas tu bila aku ckp belum, dia bebel macam mak nenek. so aku tipu la aku cakap dah makan mandi and blablab; sebab aku malas nak baca mesej dia bebel2. ntah la. mungkin aku yg tak pandai bercinta kot.
anyway, konklusinya, aku rasa semua manusia sama je tak suka kena tipu. cuma kadang2 setakat tipu kecik2 tu bagi aku takde hal la, kot? yelah, aku ckp mcm tu sebab aku di pihak yang buat 'pembohongan tak serius' tu, bukan sebagai pihak yang ditipu walaupun tak serius. hu hu hu.
peace! ^^v
biar pahit jika jujur aku terima dari pembohongan kecil sekalipun... :)
@aku pempuan dan aku tak macam tu :
Gua sebagai lelaki nie pun mudah kecik ati kalau cik awek buat penipuan kecik nie. keh keh keh.
@~Kisah Hati~ :
Jujur tu sebaik baiknya ye dak. Tapi kadang kadang kejujuran tu yang menyebabkan pergaduhan. haha.
terbaekk wookk~
comek~ ai ske lelaki sensitip mcm u tauu~ aumm!
>.<
@Pistachio : XX ke XY nie? Kalau XX gua nak try usha. keh keh keh.
@catherine- : I suke perempuan ganas. Baru hardcore!
comek : i ganas i ganas! HAHA
Pot : Kau kejam pot. Kau kejam.
orang yang kenal aku cakap aku perempuan yang tak macam perempuan. erk? aku sendiri malas nak fikir pasal lelaki. kiki :P
@myMOONyet : Lelaki rabun tu. Gua tetap anggap lu perempuan lah. Kalau tak dak yang nak kat lu, lu email je gua. Gua ade. keh keh keh.
Post a Comment