Asal musim cuti sekolah jer, banyak pasangan mendirikan rumahtangga. Sana sini orang kahwin. Hehe.. musim mengawan orang bilang. Seronok yer bila hubungan itu menjadi halal. Yang paling sibuk dalam persiapan menjelang perkahwinan sudah tentunya orang perempuan. Biasa la. Konon kahwin sekali seumur hidup. Jadi sudah tentu nak buat yang terbaik untuk tatapan bakal suami di malam pertama. Ehem. Salah satunya buat rawatan badan ke spa. Haihh~ nak kahwin baru nak pegi spa?` Kadang aku pelik jugak. Tak ramai perempuan yang mengamalkan spa sendiri di rumah. Sepatutnya aktiviti menyental badan itu dilakukan seawal usia remaja lagi. Bukan tunggu nak kahwin baru nak sental badan. Maksudnya, rawatan lulur dan mandi bunga sepatutnya menjadi amalan setiap wanita. Mungkin sekali seminggu. Mandi bunga setahun dua kali. Errr... Mandi bunga itu bukan untuk orang nak kahwin atau nak buka jodoh jer... tahuu...!! Jangan dungu sangat! Kadang perempuan yang pergi jumpa bomoh untuk mandi bunga konon nak buka/dapatkan jodoh tak mendatangkan hasil pun. Dan kalaupun berhasil, ia cuma kebetulan atau pun bomoh tu menggunakan khidmat jin. Biasa la... bisnes maa... semua bisnes mesti ada marketing baikk punya. Kabel mesti bagus. Bisnes mistik, kabelnya pun mistik jugak. Kalau servis tak bagus, nanti customer lari. Paham tak ni? Ok. Aku dah ke laut. Jap nak tambah sikit. Kan jodoh kita ni terbahagi kepada tiga:-
Jodoh dari syaitan
Jodoh dari jin
dan Jodoh dari Allah
Tapi semuanya pun terletak pada aura. Setiap perempuan punya aura tersendiri. Bukan perempuan saja. Lelaki pun sama. Tapi aku nak cakap pasal orang perempuan jer. Sebab orang perempuan ni memang makhluk Tuhan yang sangat special. Salah satu ciri-ciri special orang perempuan ini adalah dari baunya. Wangi! Heh. Ada juga yang bau masam. Malas mandi pagi memanglah masam. Bau bantal! Kikikiii~ Weih, wangi yang aku maksudkan ini adalah wangi yang original dari badan perempuan itu sendiri. Bukan wangi perfume! Bukan! Wangi yang orang tidur sekatil sebantal saja yang tahu. Wangiannya yang boleh membuatkan para suami rindu. Hehe.
Tahu tak badan kita ni mengeluarkan aroma yang tersendiri dari beberapa tempat tertentu. Selain ketiak, bahagian tengkuk, telinga, mulut, rambut, kaki dan sudah tentunya vagina juga punya aroma tersendiri. Untuk memastikan badan kita menghasilkan aroma wangi yang memberahikan para lelaki, suami terutamanya, kita haruslah menjaga kebersihan badan luar dan dalam. Makanan, pakaian dan produk yang digunakan haruslah dijaga dan bersesuaian kerana semua itu mempengaruhi aroma badan. Tidak dinafikan perubahan hormon juga memberi impak besar bukan sahaja pada mood kita tapi juga pada bau badan.
Ada suami sukakan isteri yang pakai perfume. Bau alkohol perfume itu lebih memberahikan baginya. Ada suami yang sukakan bau isteri di waktu pagi. Ada suami yang sukakan isteri bau hospital. Sebab tu cari isteri kerja nurse. Kikikii~ Ada suami sukakan isteri masa datang bulan. Bau darah haid tu lebih memberahikan. Masa isteri tengah "cuti" la dia nak manja lebih-lebih. Ada suami sukakan isteri yang baru lepas menstruasi. Vagina lebih wangi dan suami tak sabar menjadi "tukang cat" waktu ini. Hey..! korang jangan hairan. Lelaki ni pun spesis pelik jugak. Masa isteri dalam pantang pun diorang boleh lebih horny dari masa pertama kali berjimak tahu! Sebab tu ada kes tak sampai 12 bulan isteri melahirkan lagi second baby. Ini mungkin juga disebabkan rembesan hormon "pemikat" atau nama saintifiknya di panggil copulins. Lelaki yang terbau copulins ini secara tidak langsung akan terpanggil untuk "bercinta". Sekarang ini bermacam produk "pemikat" dijual. Antaranya Mystique Swiss dan Pherolins. Ini kerana aura aroma badan perempuan yang original dari tubuh lebih memikat daripada wangian minyak wangi buatan manusia yang cuma mengandungi alkohol.
Bagi perempuan yang mempunyai masalah bau badan yang kronik, aroma badan yang tidak enak, yang menyebabkan suami hilang "selera", cepat-cepatlah nyahkan bau itu dengan kadar segera. Kenali tubuh anda dan gunakan sepenuhnya untuk kesejahteraan hidup berumahtangga. Bagi yang belum berkahwin dan sedang mencari jodoh, mungkin juga boleh mencuba produk "pemikat" itu. Hehehe... Tak perlu jumpa bomoh. Khurafat!
10 comments:
thanks 4 de info!
:)
Buat aku rasa nak kahwinlah.
Aumm!
hehe. aku pun rasa cam nak kawin cepat2. :P
Ciom bahu perempuan lepas mandi... bes...!
pheromone
uncle gedek! hehe~
aummm~
teringat cite perfume. lelaki tu obses sgt dgn bau perempuan yg bawak lemon dibunuh dan disimpan air mayat perempuan tu untuk dibuat perfume. ngeri ouh.
nak kawennnnnnnn....aummmmmmmmmm
best la entry ni Rin!
sy suka mandi susu...sgt bestttt... :D
aku tertanya-tanya apa maksud "tukang cat" tu..hehe
terus rasa macam nk kawin...
Post a Comment