Saban hari dia berdiri di tengah-tengah jejantas itu seorang diri; mengait dan melerai memori lampau, mengelar dan mengubat kembali luka hati yang terlalu dalam. Memerhatikan segala macam jenis kenderaan yang lalu lalang dalam kesamaran lampu-lampu jalan, pandangannya jelas kosong. Sesekali bayu yang menyapa pipinya tidak tersedar menyentuh reseptor-reseptor rasa. Tidak langsung terungkap jerih perih sukarnya perasaan menahan sebak yang bersesak di kelongsong dadanya. Entah kenapa dia berasa denyutan jantungnya terlalu mencengkam.
Dia menoleh ke suatu sudut di hujung jejantas itu; suasana kelabu, monokrom, hitam putih. Semacam wayang gambar yang berulang-ulang bermain di matanya. Mod imbas kembali menguasai benak. Di dalam kesuraman, kupingnya jelas menangkap bait-bait perbualan itu. Konversasi yang telah lama dirindui. Tapi entah bila ingatannya terlupa mengenai itu.
“Cos if one day you wake up and find that you’re missing me
And your heart starts to wonder where on this earth I could be
Thinking maybe you’ll come back here to the place that we’d meet
And you‘ll see me waiting for you on the corner of the street
So I’m not moving, I’m not moving..”
Petang yang hanya segaris senja itu melihat. Mengamati dua insan remaja yang sedang khayal berkongsikan “earphone”; si lelaki bernyanyi-nyanyi kecil, memegang kemas tangan si gadis. Mereka bahagia barangkali. Walaupun dengan hanya momen mudah seperti itu. Jejantas itu. Suatu simbolik kompleks. Seperti suatu signifikasi hubungan segala macam rasa yang hanya mereka mengerti perasaan yang hanya fragmen-fragmen abstrak. Cinta zaman sekolah. Cinta anak-anak remaja yang indah.
“Ida, I minta maaf. I sangat sayangkan you. You have sacrificed a lot for me. “The Man Who Cant’ Be Moved” jadi saksi kita. Last night I repeatedly listened to this song. Entah dah berapa banyak kali I dengar, sampai tertidur. Lepas ni I dengar lagu ni je. Ni lagu kita, Ida.”
Malam itu dia ke jejantas itu lagi. Berjaket bulu tebal, berseluar khaki ton hijau kusam, serta ditemani lagu Far Away yang di atur ke mod “repeat” di mp3 “playlist” MWalker G700 silver yang tergantung kemas di kolar leher. Sejuk. Kegigilan jelas terasa. Tangannya erat memegang secawan kopi pekat yang masih panas beraroma lavender. Berbaju kait tebal tidak menghalangnya berasa kesejukan embun malam yang terampai di udara. Langit malam itu tidak berbintang. Hanya hamparan gelap. Sesekali kelihatan wajah pucatnya tunduk menahan keharu-biruan kenangan lampau. Dia tidak sanggup mengenangnya, tetapi hatinya jelas terlalu tegar; degil untuk terus-terusan ke jejantas itu; dan mengenang kembali kenangan-kenangan mengguris dan ternyata terlalu pahit.Dia beralih, menghenyakkan batang tubuhnya ke tembok jejantas, mengeluh. “Siapa sahaja yang mengerti?”, hatinya mengusik. Dia harus berlalu pergi. Sewajarnya.
Sembilan belas tahun. Umur yang dikira cukup untuknya merasakan kepahitan cinta lalu. Dia telah cukup menginterpretasi istilah “perpisahan” di dalam kamus hidupnya. Dia telah menjadi cendekiawan; serta seorang profesor dalam menterjemah kisah itu. Dia menekan butang “on” pada MWalker di tangan kiri. Telinganya meneliti bait-bait lagu Crush nyanyian finalis American Idol musim ke 7; David Archuleta yang ligat diputarkan di corong-corong radio antarabangsa dan tempatan. Anak matanya tepat merenung paparan skrin komputer LG FLATRON ez T530S yang dalam perkiraannya sudah hampir genap 4 tahun menjadi teman setia. Entah. Dia dapat merasakan gejolak hati yang tidak menentu semacam frekuensi “alternating current” yang meluap-luap melebihi voltan rintangan pada tahap infiniti. Suatu perasaan yang terlalu aneh dan begitu asing menyerang kotak fikirannya yang sedang dirundung emosi yang tidak tergambar dek kata-kata. Berkecamuk. Berlegar-legar penuh energi. Berserabut. Abstrak.
Perkenalan itu terlakar di atas kanvas persahabatan yang baru terhampar untuk suatu ketika. Dia sedar hatinya tidak memerlukan pembaikpulihan. Hatinya telah tegar dengan tohmahan kelukaan. Hati dan perasaan sememangnya tidak terjangkau. Dalam perkenalan bernama persahabatan itu, mereka mula menaruh benih-benih harapan dan kebahagiaan. Anak-anak remaja yang mudah tersentuh. Anak-anak remaja yang mudah beralih arah. Anak-anak remaja yang tidak bersalah; menjadi mangsa ketidakadilan perasaan. Bait-bait puitisnya perasaan yang baru bercambah ternyata masih di awal perjalanan. Belum sempat bahtera perasaan itu berlabuh ke pulau kebahagiaan, badai menghempas tiada belas; mengaramkan bahtera di tengah lautan kekecewaan; yang benar-benar meranapkan.
Di dalam cuaca perasaan yang tidak menentu, masing-masing berbungkam. Dia berasa terlalu pedih; lebih terkesan daripada kisah lalunya. Insan itu yang digelarnya “sahabat” benar-benar menggoncang dunianya. Dia di pihak yang didakwa. Dia bersalah terhadap insan yang bergelar “sahabat” itu. Sesekali jiwanya berpuing-puing natijah daripada tindakannya yang cuba menterjemah terbitan perasaan aneh yang mula membentuk antara mereka. Jelas perasaan itu terlalu asing bagi sesuatu yang diistilahkan sebagai “persahabatan”.
“Hey bila kau nak bercakap dan melayan aku macam biasa huh?”, pertanyaannya mati spontan. Tanpa berbalas, sahabat itu berlalu pergi meninggalkannya dengan sedikit kotoran “kebencian” terlihat di wajahnya. “Tuhan sahaja yang tahu bila, Ida. I just can’t look into your eyes. It’s killing me.” Dia berbisik kecil ketika melangkah pergi. Jelas sekali persahabatan mereka tidak seindah dulu. Masing-masing berpaling daripada melihat wajah masing-masing. Ke sana sini sudah bersendirian, tidak seperti kebanyakan harinya mereka berjalan bersama. Ke mana-mana juga tidak dilihat kelibat mereka bersama. Peti masuk di telefon bimbit mereka tidak ada lagi mesej-mesej mereka seperti dahulunya. Tidak ada lagi jenaka dan ketawa yang berhamburan. Tidak ada lagi walaupun sebaris ayat.
Mereka pelakon yang berbakat di atas pentas kehidupan yang terlalu penuh dengan ketidakjujuran. Dia merindui saat-saat mereka berkongsi tawa dan tangis. Detik-detik mereka bertentang mata dan berlaga perasaan. Mereka menyedari perasaan itu, tetapi cuba menidakkan. Berlari sehabis kudrat daripada hakikat. Memaling ke arah bertentangan; berpura-pura tidak menyedari atau merasai sebarang keganjilan itu. Keretakan persahabatan itu mencelikkan mata yang “buta”, mengejutkan jiwa yang “tidak mempeduli”, menyergah emosi yang “lalai”. Waktu-waktu sukar itu menyedarkan mereka; sehabis manapun daya mereka berlari dan menghindar, hati dan perasaan itu tidak juga hilang, apinya tidak juga terpadam. Hangatnya tidak juga beransur sejuk. Cinta itu tidak juga menyusut. Sebaliknya bertambah sebati di dalam darah dan denyut nadi.
“Riz, aku rindukan kau. Seriously, I hate all this stuffs that tear us apart. Stop this ego, will you? Aku rasa hidup aku serba tak kena bila kau tak ada. Semua seems dull, you can tell without needing to see or talk to me, kan? Riz, please. Aku tak sanggup dah nak hadapi semua ni. Next week aku akan balik ke rumah ibubapa aku. Mungkin balik terus. I will leave this place. Dah masanya aku balik rumah sendiri. My dad will fetch me. I will damn miss you. Tapi terpulanglah pada kau. Aku dah cuba berbaik. If the respond is negative, I won’t complain. Maybe all this happen due to my fault. I’m sorry and farewell, friend.”
Satu pesanan ringkas dikirim. “Message is delivered”. Pastinya sahabat itu akan membacanya. Entah apa yang berlaku seterusnya, dia berserah kepada tuhan. Jika setakat ini sahaja perkenalan mereka, sesungguhnya dia bersyukur pernah mengenali sahabatnya itu. Ya. Hatinya meronta. Dia sedar kasih sayang itu bukan sekadar buat seorang sahabat. Tetapi egonya begitu tebal hingga tidak terhakis dengan apa-apa jua peluntur “pengakuan” atau “penyesalan”.
Hari-hari seterusnya berlalu dengan begitu suram. Masa yang diharungi merangkak dengan terlalu perlahan dan menyakitkan. Namun tidak juga telefon bimbitnya menjerit memanggil ada pesanan ringkas baru menerjah peti masuknya. ”Riz, kau benar-benar dah memutuskannya. Baiklah, aku harus teruskan hidup ni tanpa dia nampaknya.” Dia menghela nafas yang lain macam panjangnya; cuba melepaskan segala kepedihan barangkali. Barang-barangnya sudah siap dikemas. Kini dia hanya menunggu di lapangan terbang menunggu giliran penerbangannya. Dia tunduk layu, sebutir permata jernih jatuh tidak disedarinya. Hatinya terlalu sebak dengan hakikat itu. Dia menangis sepuasnya di lapangan terbang itu. Bajunya kebasahan. Dalam kesedihan yang terlalu mencengkam benak, seseorang menghulurkan sehelai sapu tangan rona merah. Dia terlalu mengenali sapu tangan itu. “Riz!!”
Sahabat itu tersenyum bersama air mata yang mengalir. Dia berdiri dan memeluk “sahabat” kesayangannya itu. Erat. Sapu tangan itu jatuh ke lantai tidak lagi terhirau. Mereka berpelukan dan menangis. Rambutnya yang ikal dan panjang kehitaman diusap dan dibelai lembut. Belaian itu sudah terang lagi bersuluh hanyalah layak diberikan kepada seorang yang dicintai, bukan sekadar seorang sahabat yang disayangi. Kecelaruan perasaan mereka akhirnya terurai. Sentuhan itu merungkai segala-galanya. Mereka terlalu letih berlari daripada hakikat gelora perasaan. Mereka berhenti dan menghadapi perasaan itu. Akhirnya mereka melempar jauh-jauh ego itu. Dibuang jauh-jauh ke ruang yang tidak mungkin lagi dapat dicapai.
Cuaca kembali pulih dan mentari itu mula menyinar; melimpahi segenap ruang hati yang dulunya gelap; sunyi tidak berpenghuni. Kanvas baru dibentang seluas alam. Kanvas Kebahagiaan. Kanvas Persahabatan itu digulung dan disimpan di dalam ruang kenangan. Kanvas putih bersih yang baru terhampar dicoret penuh warna-warni dan dilimpahi dengan wangian beraroma lavender. Dihiasi gah dengan senyuman yang dibingkai di dalam hati. Luka-luka lama diubati dengan antiseptik di dalam kit pertolongan cemas “cinta”. Denyutan jantung mereka berirama seragam, menbentuk nota-nota lagu harmonis. Bahtera mereka berjaya melabuhkan sauhnya di pulau harapan. Bahtera itu berjaya dikemudi. Nakhodanya berjaya sampai ke destinasi. Ada kanvas baru yang bakal dihampar; Kanvas Kebahagiaan Abadi. Dan pelukisnya adalah mereka yang dulunya “sahabat” itu.
by : dearly I D A
4 comments:
janggal.
kerana saya cinta rakan sendiri.
janggal.
semestinya.
tapi dengan rakan cinta lebih terjamin jika dah mengenal hati budi. :)
lelaki boleh komen ke sini??
err..cerita ni bagus..
babai.
PK : no worries. takde diskriminasi gender kat sini. haha ;D
Post a Comment