Pages

Wednesday, June 15, 2011

*Emak



Pesen guna nama mak untuk menyelamatkan diri memang sudah lama digunakan oleh masyarakat umum. Tak kira lah tua muda. Lelaki perempuan. Sama jer. Tapi kenapa emak? Kenapa tak bapak? Jarang sekali nak guna alasan atas nama bapak atau atuk. Selalunya emak ataupun nenek. 

"Sorry bos saya lambat masuk ofis hari ini sebab hantar mak/nenek pegi hospital."
(padahal hantar girlfriend/boyfriend pergi airport dan sempat breakfast pula. ciss!)

"Bos, saya tak dapat datang kerja seminggu sebab nenek/mak saya meninggal di kampung."
(padahal pergi bercuti ke Bali dengan pakwe/makwe FB. ciss lagi sekali!)

"Sayang, mak/nenek I sakit teruk. Perlukan RM50k untuk pembedahan. Boleh tak you tolong I?"
(ni pesen nak bayar hutang ni ==")

"Mak saya MARAH tayang muka kat sini!"
(ada pada profile pic pesen konon anak yang mulia dalam FB)

Bila sebut "mak" jer kita seolah olah ..... ohh~ hmm. speechless. Sebab status "mak" itu sendiri telah memberi kedudukan yang sangat tinggi di kalangan masyarakat kita. Bos konfem kalah bila kau sebut "mak" sebab bos pun ada mak jugak. Dan panggilan mak itu sendiri telah memberi satu taraf pada seorang wanita yang wajib dihormati, dimuliakan, disayangi dan segalanya. Yer.. segalanya untuk mak. Apa saja yang berkaitan dengan mak, masyarakat kita automatik akan segan, tunduk dan mengalah. Sebab dalam hidup kita semua, setiap kita cuma ada satu mak jer. Dan secara alaminya, kita ini menghormati mak orang lain sama seperti kita menghormati mak kita sendiri kerana kita juga mahu orang lain pun menghormati mak kita. Betul?`

Macam macam cara kita sanggup lakukan untuk melindungi diri atau menutup kesalahan. Semua itu kita lakukan untuk menggelakkan murka orang atas perangai kita yang tak best. Sebab dengan menyebut "mak" orang akan bersangka baik dan berfikiran positif terhadap kita. Mudah bukan?` Tapi kalau dah kerap sangat mak kau sakit, mak kau itu, mak kau ini and etc etc semua pasal mak, pasti kantoi jugak kan?` Jadilah kau seperti si penggembala kambing. Buat orang benci dan tak mahu percayakan kau lagi. Dan lagi, cubaan menipu pesen guna nama mak pastu ayat mesti nak kasihan dan buat orang lain simpati ini adalah sumpahan! Tahu tak sumpahan?! Nak nak lagi mak kau elok jer sihat walafiat kau cakap kat orang mak kau sakit lah, mati lah. Kang betul betul sakit teruk or mati dan kau tak sempat nak mintak maaf kat mak kau padan muka! Tahu syurga itu di bawah tapak kaki mak. Tapi masih nak gunakan nama mak dengan cara yang salah. Kalau gunakan nama mak untuk mengeratkan silaturahim tak pe gak. Contoh situasi yang pernah aku alami:-

"b, mak saya tanya bila awak datang sini lagi? Dia kirim ikan bilis yang dah kupas 5kg."

"awak tahu tak mak saya lagi sukakan awak dari si **** tu. betullll b,... jiran saya pun tak suka si **** sebab dia tak pandai senyum."

"baru kejap tadi mak call. dia ada tanya pasal awak, b."

"waa... panjang umur. saya dengan emak tengah berbual-bual citer pasal awak, awak dah call."

"b, sorry lah tak dapat temankan awak jumpa kawan awak hari ni. esok ada kenduri. mak jemput awak datang dan tidur di rumah malam ni."

"mak ada cakap, awak ada ciri-ciri isteri mithali."

Ohh so sweet~ .... terasa diri sangat diterima oleh family si dia. Nak nak lagi emak nya memang suka kan kita. Tapi jangan lah terpedaya sangat dengan lelaki pesen macam ni. Si emak tu mungkin benar sukakan kita. Tapi si dia? Hmm... Sikit sikit emak. sikit sikit sebut mak. Gaduh jer sebut mak. Ada salah faham sikit pun sebut emak. Pesen lelaki yang gunakan nama emak untuk mendapatkan kepercayaan kita padanya. Walhal di belakang sana, kemain berjimba-jimba dengan betina lain. Dan setiap kali dia menyebut perihal emaknya, kita seolah-olah terpaku dan spontan terlupa akan "permainan cinta" si dia. Aku pernah mengalami situasi di mana aku sangat terpesona dengan kemuliaan seorang lelaki terhadap emaknya yang kemudian, mengheret sama perasaan kecewa dalam hidup aku. Bukan dengan aku sorang jer kot dia buat macam tu. Ramai lagi pompuan di luar sana dah terkena lakonan manis si dia. Depan mak dia sangat mulia. Depan kau cerita pasal mak dia kemain. Di belakang, mak dia mungkin tak tahu akan perangai setan anaknya. Sampai ke satu tahap, aku berkesempatan berbual dengan salah seorang skandal si dia, dan perempuan itu ada berkata; 
"(nama si dia) seorang lelaki yang baik dan sangat sempurna." 
Sempurna means apa?` Ohmygucci! Aku cuma mampu geleng kepala sambil senyum kambing. So, perempuan, jangan mudah terpedaya okeyy!! 

Panggilan emak itu sudah cukup menyejukkan perut si pendengar. Nak nak orang macam aku yang dah tak punya emak. Dan kau, silalah hargai emak di mana pun kau berada. Jangan la nak sumpah mak sakit ke mati ke, mak kau penjahat ke (sebab selalu marah marah itu tak boleh ini tak boleh), sebab setiap apa yang kita sebut itu adalah doa. Baik buruk mak, semua dari perangai kita jugak. Kita kena jaga nama baik mak walau apa situasi sekali pun. Nak menipu lain kali jangan guna nama mak lagi. Sama jugak nama bapak. Tak baik tahuu!! Karma nanti!! Lagipun, apa untungnya kau buat semua tu?' Mak kau tak tahu apa apa. Dia tak bersalah. Dan kau cuma mengumpul dosa. Yer la dosa tu kau tak nampak. Kalau kau degil jugak sukahati lah. Buat lah selalu. Dan kau tahu lah nanti tinggi rendahnya langit itu. 

Sekali kepercayaan dikhianati, mungkin untuk selamanya rasa itu hilang sehingga tiada. 



pstt,
"bapak  I tanya bila you nak masuk meminang I? 



8 comments:

dreary dreamx said...

ex aku juga seorang yang suka cakap pasal emak nya tapi apa aku dapat ? dia di tangkap di atas katil dengan sahabat baik yg aku kenal since high school lg.

oh lupa , mak aku sempoi =.="

*bila nak kawen ni T____T

Anonymous said...

fulamakkkkk. *entry menangiissssss.

sayang emak walaupun mak aku pun dah takde macam kau T__T

*tacing

Haikal Blank said...

permainan menggunakan nama emak itu memang luas. dem, aku pun pernah guna masa dlu2...bodoh aku ni.

*skarang dah baik. percayalah~

intan.maisarah said...

taknak komen banyak
tapi nak komen yang ni

"Mak saya MARAH tayang muka kat sini!"


ada dua orang yang sara kenal guna gambar yang terpampang tulisan ni kat Fb..
entah siapa tah




*hilang*

± said...

saya bukan 'anak mak'. agak2 leh caya dak?

catherine- said...

hahaha... intan maisarah! :p~ nakal kamu yaa!

dreary dreamx: well, ex aku pun mcm tu jugak. tp aku x jumpa dia atas katil dgn ppuan lain. tp kantoi pegi bercuti kemainnn! siap tipu aku konon dia pegi satu tpt ni konon nk cari rejeki. dem!

Ida: huhu~ jgnn nangess....jangannn~

simpleblanklife: nobody is perfect. aku pun pernah mcm tu jugak. tp x pernah la ckp mak sakit or mati. cuma pernah ckp "mak x benarkan" wpun sbnrnya x ckp ape lagi ngn mak. =="

dark half: hmm.... yer la tu. aku x percaya kau bukan anak mak. sikit2 mesti kau pun manja ngn mak jugak kan?`

Najla Aklili said...

hello ! dtg nk pnjam quotes tuh . niceeee ! hee ;)

lilymokhris said...

cat..ada jugak bila naik angin dia cakap..p**iMAK!cuba sebut yang lelain, tak jadi punya
p/s jangan juga perkataan ini di rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...