Pages

Tuesday, June 7, 2011

K-POP

Hai girls and gays.

Fenomena k-pop ni aku tak tahulah sejak bila mulanya. Cuma yang aku tahu fenomena ni macam tak jumpa lagi zaman gelap dia. Sampaikan Malaysian dan Indonesian pun meniru. Apa cerita?

Hujan emas di negara orang.
Apa-apa sahaja yang melibatkan luar dari negara sendiri mesti mendapat perhatian lebih dari orang-orang Malaysia. Salah individu ke salah industri? Well, dulu dengan drama korea. Okay tak tipu. Aku memang suka tengok cerita korea dan aku masih ingat lagi drama korea pertama yang aku tengok tajuknya Sad Sonata. Wawawa. Memang sad habislah.

Lagu-lagu dan group-group k-pop pulak aku baru kenal first semester kat uni masa study week. Ehehe. Study week tu maknanya movie/drama marathon week jangan tak tahu. Kawan kelas yang kenalkan semua benda lagha ni. Ecece.

Okay. Jom kita selak dekat mana bestnya k-pop ni sampai kerajaan sanggup bawak mai SUJU datang Mesia dan yang penting free woi! Artis sendiri pun non hado.

1. Pakwe/Awek Korea come lote.
Aku berani jamin 9/10 yang tengok drama korea mesti tengok hero dan heroin dia dulu. Kalau yang perempuan confirmlah tengok herokan. Kalau tak cukup come, awal-awal dah hantar ke recycle bin takpun permanently delete terus. Jangan tipulah yu, ai pun perempuan tau. Kikiki~


2.Lagu tema dan gadjet.
Kalau yang kaki drama korea mesti perasan perkara ni. Setiap drama mesti akan ada lagu tema dan gadjet (selalunya handphone) yang tersendiri dan tak sama dengan drama-drama korea yang lain. tak kiralah hero dia kaya tahap dewa19 mahupun heroin yang fakir tahap duduk dalam rumah yang ruang tamu+dapur+bilik dan makan ramyun hari-hari. Lagu tema pulak akan selalu dimainkan pada part-part feeling yang buat kau terbuai-terbuai mimpi boyfriend korea.


3. Tarian yang super energetik
Most of Korean group mesti menyanyi sambil menari dan tarian dorang peh! peh! peh! Kalau yang female group seksi-meksi tak sempat nak telan air liur dah. Kaki panjang kecil yang menjadi kegilaan lelaki-lelaki keparat. Bukan macam drumstik ayam bandar Gula-Gula tu. Tengok pun tak sior. Male group apatah lagi. Badan ketak-ketak buat aku tak tidur malam mimpi basah. Aumm!

Okay. Sila pakat berdarah hidung secara berjemaah sekarang.

4. Reality show
Seriously aku mula kenal group-group macam SNSD, 2pm, KARA, f(x) (dah malas nak google. Kikiki) dari reality show. Kau tahu aku boleh terpikat dengan kesportingan mereka-mereka ni sebab sanggup calarkan keglemeran semata-mata untuk peminat. Cuba artis Mesia. Ada yang sanggup? Balik-balik gosip bercinta, cerai, ranjang, gaduh. Heh. 

Suruh huduh macam mana pun, tetap comel. Ni artis Mesia takleh buat #fact

Cukuplah aku rasa empat ni sahaja. Nak banyak-banyak, silalah tambah. ruang komen tu kosong lagi. Kikiki. 

p/s : Aku tak minat mahupun obses cuma suka. Kikiki. (Ayat cover)


6 comments:

HEROICzero said...

gadis2 dalam youtube tu, aaahhh~

dibnye said...

x reti tgk cerita korea. kalu tengok tu mmg mulut x hbs2 curse je memanjang.

pity me.

Raihana Izzati said...

takmau komen.nak kaver.keh3

catherine- said...

k-pop tu mcm lolipop eyh?

serius aku x tahu =="

catherine- said...

owhh~ ok. paham!




;p~

Ismira Ishak said...

rinrin tak habis-habos buat comel -.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...