Pages

Tuesday, June 14, 2011

Lelaki dan Perempuan Macam Magnet?

Lelaki atau Adam dicipta dari tanah. Bukan directly ambil tanah lepas tu gonyoh-gonyoh gumpal gumpal jadi figura tanah liat. Wallahualam Allah je tahu macamana kejadian manusia sebenarnya. Tapi Allah cipta lelaki dari sumber tanah supaya mereka boleh perah kudrat dan bekerja dan berbakti semula kepada tanah. Perempuan atau Hawa dicipta dari rusuk kiri Si Adam. Mereka dicipta dari rusuk yang bengkok dekat dengan organ organ dalaman yang penting supaya dia boleh melindungi dan menjaga. Tidak pula dicipta dari rusuk yang tegak kerana bimbang dipatahkan. *Ayat ni kopipes dari mana ntah tak igt pula.


Dari hakikat penciptaan je kau dah boleh nampak. Lelaki dan Perempuan tu saling melengkapi. Macam jigsaw puzzle. Macam me-ge-net. Ada kutub yang berlainan untuk menarik sesama sendiri. Eh tapi kann. Kalau lelaki dan perempuan macam magnet, kadang-kadang bila kau lagakan terminal hujung yang sama cas, apa yang berlaku? Ni aku cerita pasal magnet yang biasa lah kan, taktau lah kalau magnet kau punya sama kutub pun still lagi menarik. Hihihihi. *Apa yang lawak sangat ntah

Banyak-banyak benda kat sekeliling ni aku rasa perempuan dengan lelaki ni bila bergabung sifat dia memang macam magnet. Kadang kadang bila ada chemistry, kerja nak menarik sesama sendiri je sampai susah nak pisahkan. Kalau bila sampai time tak bersefahaman *dah macam suami istri plak ihihi, kemain lagi, orang paksa melekat pun, gila kuat aura tolak menolaknya. 

Kenapa jadi begini? Why why whyyy? *Emo 


Ekceli kalau sama jantina pun boleh kata kejap okay kejap tak. Stendet lah orang tu fe'el dia lain lain. Rambut sama hitam pun ada gak yang rambut ikal ada yang rambut stret, yang takde rambut langsung pun ada. Tapi bila jantina berlainan lagi ketara sifat keme-ge-ne-tannya tu. Disebabkan sejak dari hakikat penciptaan manusia pun Allah cipta memang berlainan. Dengan tujuan untuk saling melengkapi awww. Jadi wajarlah kejap ada chemistry kejap chemistry hilang entah kemana. Kau tengok bentuk badan je dah tau lain. Badan lelaki lain. Badan perempuan lain. Ehem. 

Sifat lelaki dia gagah, fizikal diorang lebih kuat berbanding perempuan. Tu sifat secara umum. Mak Jemah kalau you baca ni jangan hentak hentak kaki tak setuju pulak okay. I takbersalah. Perempuan pula sifat dia lemah lembut gemalai-gulai. Tu baru sifat luaran. Pun dah lain. Kalau dari sudut pemikiran apatah lagi kan. Sometimes lelaki dan perempuan boleh saling tarik menarik bila diorang perasan lebih atau kurang yang ada pada diri masing masing. Bila si lelaki ada sesuatu kekurangan, yang perempuan mungkin ada kelebihan itu. Macamtu gak sebaliknya. Bila tau guna toleransi dan diplomasi ecececehh, takde masalah nak cari chemistry sebab dua dua sedar setiap seorang ada terminal hujung kutub yang berlainan untuk dipegang. Dan hujung terminal yang berlainan itu mestilah secara normal nya akan menarik. Kikikikiikk.


Lelaki dan perempuan. Diorang punyai ego memasing. Dah nama pun ego. Takpayah nak hard effort sangat cuba nak menyelami pulak yee. Takut ends up chemistry tak jumpa. Ada sesetengah perkara yang mendorong kepada perbezaan tu, kau kena biarkan je benda tu berbeza macamtu. Well you knoww, the difference is actually the basis of toleration. Belajar terima perbezaan. Kalau kau boleh tolerate, tak ikutkan sangat ego tu, insyaAllah beza celah mana pun, kau boleh cope with it. Kalau semua pun nak sama, tak seronok lah. Tak thrill orang kata. Jadi tipikal je hubungan antara lelaki dan perempuan. Takde kelainan untuk dikongsi. Haaa macamtuuu.

Terasa nak memblahkan diri. Bai.






3 comments:

catherine- said...

tanpa perempuan siapalah lelaki. begitu juga sebaliknya. tanpa lelaki, wujudkah perempuan?


*aku sangat positif hari ini

sahidzan said...

sokong catherine.

Unknown said...

bgus.tp xckup mantap.penjelasan mcm xckuplah.ak masi konpius

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...