Haish. Aku dah lemaih peghut dengan makhluk Allah ni. Tahu kau ada boyfriend loving caring marvelousling tapi perlu ke sampai kau nak buat semua orang lain menyampah dengan sikap kau? Aku emo. Memang. Bukan sebab cemburu dan aku tak perlu pun nak cemburu sebab I have mine. Tapi cara kau tu buat orang sekeliling kau menyampah. Bukan aku je tapi orang lain pun cakap benda yang sama. -.-'
Perlu ke nak over sangat masa bercinta. Ye, masa awal bercinta setahun pertama memang kentut pun bau ros tapi kau tunggulah bila dah masuk tahun kedua dan seterusnya. Dia pakai perfume selori pun, kau akan tetap terbau tahi. Ye, memang nampak sweet bila sang couple bertexting bergayuting berskyping berfacebooking sentiasa tapi tolonglah consider orang lain sama. Kalau ye nak bergayut sila pergi tempat yang jauh dari orang kau nak bersayang mayang melayang pun takde yang terannoy. Ini dahlah bermanja ewww depan orang lain cakap kalau boleh nak paling kuatkan. Seronok ke nak bagitahu kau dengan boyfriend sweet? Plishh. Ni satu lagi bila bertexting. Dah tahu message kau masuk seminit 10 kali pastu kau pulak stok-konon-study-fokus-gila-nak-mati-sampai-lagu-message-tu-sempat-habis. Tak boleh ke nak tukar ringtone yang pendek sikit. Bateri kau pun tak cepat habis. Ganggu tahu tak orang lain nak study ke tidur ke. Kalau yang dekat facebook tak payah ceritalah. Faham-faham sendiri.
Tahu tak bercinta ni bukan boleh menayang sangat. Kenapa aku cakap macam tu. Cuba kau bayangkan, kalau ada seorang menyampah dengan kau dan boyfriend kau, haruslahkan dia kutuk baik punya. Then bila 10 orang? 44 orang? Tak ke tu macam satu doa mungkin? Free-free ja kau cepat putus dengan boyfriend kesayangan kau. One more thing bercinta jangan nak sakan sangatlah. Kalau awal-awal dah semua sweet keluar, nanti bila dah 2,3 tahun nak keluar ilmu sweet apa lagi? Masa tu sakanlah pulak meraung, menangis sebab bertekak 24/7.
p/s : Kalau nak berMANJA tu tak salah, tapi berpada-pada, baru orang lain tengok pun sejuk je hati siap doa ke jinjang pelamin lagi.
p/ss: Lega hati dapat melampiaskan nafsu amarah. Bahaha.
6 comments:
ade lagi!ade lagi!becinte wall 2 wall bagai.muahmuah dekat fesbuk.meluatlah!
Betul betul betul. Tu dah bersepah sampai dah malas nak layan. Hide je terus. senang ;)
haha... lagi satu, kalo brcnta ni org kata xleh mnayang gmbr, sbb tkut org doa mcm2 la...
tp, saya taruk jgk.hehe ^^
juz, kna jga bts syg mlayang tu je~
saya pun taruk jugak. hehe tapi ada satu je rasa. ;) nak sweet biarlah berpada. kan? kan?
yang tayang fesbook memg langsi la
wa yg single ni tercabar siot.tercabar.
menuonjok betoi.
memg aku doa cept berberailah kan!
wahahahaaaaaaaaa
entri ni mcam based on exp je?
haha
Post a Comment