Pages

Monday, April 18, 2011

Manjakan Dirimu

Assalamualaikum,

Aku nak bagi tips ringkas utk mencantikan diri.Aku pun jarang buat, tp sekali sekala seronok juga!

1) Scrub seluruh badan

Pergi mana mana kedai, beli scrub badan, mudah dapatkannya di body shop, seperti juga scrub muka, ianya bertujuan membuang sel kulit mati di badan.Tapi ini bukan untuk amalan hari hari, seminggu sekali saja.Cuma sapukan dan lulur di seluruh badan,tak salah duduk dalam toilet 30 minit untuk ini.

Hasilnya: Kulit akan terasa lebih segar dan bersih,anda akan merasai kelembutan.Pergi dapatkannya sekarang.

2) Penjagaan Rambut

Pastikan memakai syampu beserta conditioner agar rambut neutralize balik.Conditioner adalah untuk dipakai di hujung rambur, bukan di kulit kepala, kerana fungsinya untuk mengurangkan rambut bercabang. Anda juga boleh membeli kapsul kecantikan rambut, dan aplikasikannya 2 minggu sekali.

Hasilnya : Rambut cantik macam Fasha Sandha.

3) Penjagaan Muka

Bercakap utk diri sendiri juga, rajinkan diri untuk mencuci muka, pemakaian toner sangat ponting untuk seimbangkan kelembapan dan segarkan wajah.Sekali sekala tak salah jika aplikasikan masker yg boleh didapatkan di guardian/watson dengan harga kurang RM10, ajak kawan ramai ramai kalau nak seronok, dan jgn lupa hirisan timun untuk kesegaran mata! Ini efektif, no joke!

Hasilnya : Kulit muka yang licin dan penegangan kulit muka oleh Masker

4) Make up mengikut kesesuaian majlis

Keluar tanpa solekan ibarat tak lengkap masa kini.Aplikasikan sekurangnya bedak alas dan lip balm.Bedak alas dpt menghalang debu/kotoran hinggap di muka, jadi ianya sebagai lapisan perlindungan. Rajinkan diri mencari teknik make up yg sesuai,pelbagaikan pengetahuan, ianya pasti berguna, tak lah kau mcm badut bila keluar.

5) Penjagaan kuku kaki & tangan

Potong kuku mengikut masa, seminggu sekali rendam kan kaki dalam air suam dan masukkan garam kasar,boleh dapatkn juga di body shop, dan beli sekali penyental kaki. Kulit akan jadi halus dan bersih sangat!

kalau malas, cuma pergi mana mana padicure/manicure berhampiran, average harga RM40-RM70, tak salah jika sekali sekala mencantikkan diri! Hasilnya superb!

tumblr_kqzqjv2wxF1qzdiqvo1_400_largeBeing a beautiful lady isn’t hard.Be clean and neat! –AR-



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...