Saturday, April 9, 2011

Mencarut

Greetings!

Cool ke korang rasa bila kita perempuan mencarut? Yes. i WAS admit it. Rasa diri macam hebat macam oh! aku perempuan paling cool antara perempuan-perempuan yang lain. Babi tu jadi perkataan wajib setiap hari. Bukan takde yang tegur ramai tapi hati dah hitam masa tu. Nak lalu telinga kanan tu pun tak sempat nikan pulak nak masuk. Celakakan perangai.

[habis cool lah ni. hadoi -.-']

Tapi tu dulu. Setahun dua yang dulu. Bila fikir-fikir korang tak rasa macam huduh ke perangai kita yang konon perempuan melayu yang sopan santun berbudi bahasa ni mencarut? Korang rasa lelaki-lelaki poyoss kat luar sana tu pandang korang tinggi ke bila korang ni kuat mencarut? korang rasa kawan-kawan sekeliling korang tu seronok sangat ke berkawan kalau pasti hari-hari dapat paling koman pun sekor babi dari kau. Hey! Takde oke. Depan memang dorang senyum sengih kat kau sebab taknak kena carut tapi belakang kau? Berguni-guni dorang mengumpat mengeji kau. Percayalah.

Bagi korang yang rasa nak kurangkan mencarut ni banyak weh cara dia. Sumpah aku tak tipu. Dulu aku pun kaki carut. Tapi aku cuba gak untuk kikis-kikis daki jahiliyah aku yang satu ni. Payah tapi tak susah. Kau boleh cuba dengan berkawan dengan orang yang bukan kaki carut. InsyaALLAH kau boleh kurangkan. Selain tu korang cubalah jugak dengan tukarkan perkataan carut tu jadi perkataan yang kurang sikit contoh macam haram jadi hareemm ke. Tapi yang paling penting istighfar banyak-banyak. Ubat paling mujarab tu. *wink-wink!

2 comments:

catthmd said...

aku nak cuba tak mencarut wuu susahhh T_T

sybill said...

mencarut bila perlu.
mencarut ada kala penting
mencarut membantu

jangan masuk issue gender.gonad bole,ovary tak bole

kalau islam,gonad,ovary,govary.tak boleh mencarut.














aku suka cakap babi.and i do not mean babi.i mean babi.
make sense tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...