Amaran = Entri ni sangat panjang, kalau rasa nak baca, boleh amik nasik kasi penuh satu pinggan so, tak gaduh nak pi tambah lagi masa tengah baca ni. Bhaha XD
p/s : Aku re-post balik je dari blog aku. Malas pulak nak mencari idea. Hehe.
Tengah takdak buat apa nilah mula fikir macam-macam. Tadi tengah bosan-bosan sebab semua orang haruslah tidurkan, aku view page facebook mr Chocolate. Aku dok klik older post sampai yang paling oldest sekali. Mulalah baca balik zaman-zaman dia bajet-hot-dah-ada-awek-pun-dok-menggedik-dengan-perempuan-lagi dan zaman kitorang clash buat beberapa bulan yang kononnya clash sampai bila-bila (poyo).
[ tapi kitorang takdelah happy sangat pun. biasa-biasa je. Humble konon ]
Then apa lagi, bibir-bibir (eh ke bibit-bibit. Ahh, pedulilah.) cemburu tu mulalah mencucuk-cucuk. Oh, pedih gilalah. Yes, kitorang couple dah agak lama. Tiga tahun jangka masa yang agak lama mungkin? Kalau menikah tu anak dah tiga. Tu kalau beranak tiap tahunlah. Haha. Okei proceed. Nak kata aku banyak pengalaman. Oh tidak sebab aku jenis senang lupa (penipu). But yet banyak sangat benda yang jadi between us which make me smiled and cried, cried, cried. Ye banyak menangis.
Tahun pertama couple, aku admit dia lelaki yang tak berapa nak mesra dengan perempuan dan dia sangat pemalu. Aku mula suka dengan dia lepas couple dan sebab sifat pemalu dia ni. Tapi dalam pemalu dia, dengan aku dia macam lelaki lain masa awal ber'cinta' sweet je. Selalu mesage, call bila balik rumahlah sebab sekolah satu tempat, asrama lak tu. Confirm tak jumpa pun, dapat jugalah usha pagi petang malam setiap kali lalu koridor nak pergi kelas sebab kelas aku hujung sekali. Bila lalu depan kelas dia, wajib menyorok tepi kawan then usha sikit-sikit je asal nampak muka dia. Haha, rasa comel pulak (muntah).
Tahun kedua couple, kitorang dah habis sekolah dan sambung belajar tempat lain-lain dan jauhlah jugak. Nak jumpa selalu macam sekarang bukan pandai lagi berani nak pi tempat belajar dia sorang-sorang. Yelah dok skema lagi masa tu. (tangan didada mata keatas) Aku belajar kat Matrik Perak dan dia pulak Kolej Mara Kulim. Masa nilah dia mula tunjuk belang lelaki dia. Oh, kalaulah otak aku boleh delete permanently tak mau simpan dalam recycle bin pun, dah lama aku delete semua kenangan aku dengan dia waktu ni. Inilah sebabnya aku tak pernah rindu zaman matrik. Kau tahu, aku sumpah mandom gila masa kat matrik selekah mak aii loser gilalah sebab aku kategori maniac-love masa ni. Well, aku tak salahkan dia. Eh, salahkan jugak sikit. Hehe. Tapi mungkin sebab waktu ni umur kitorang sangat muda. Macam yang kita tahu, lelaki ada umur-umur diorang dalam bab-bab bercinta ni. Sedangkan perempuan, sekali dia dah bagi hati kat orang tu, susah nak share dekat orang lain (ewahh). Ahh, tu nanti kita cerita lain. Sampai satu tahap kronik buat aku rasa kitorang memang dah tak boleh nak teruskan, kitorang break-up. I thought I will forget him...
[ Waktu tu aku pun selalu tertanya pernah ke dia fikirkan aku macam aku selalu fikirkan dia. Sobss ]
Tahun ketiga couple, masa ni kitorang dah couple balik lepas 3 bulan clash. Bhaha. Aku tahu macam bodoh tapi diam sekarang korang. Dan dia sangat berubah tapi aku jugak berubah. Aku dah tak terlampau berharap pada hubungan ni dan dia dah tak berperangai macam masa tahun kedua tu. Yes, aku nampak perubahan tu. Dia mula limitkan berkawan dengan perempuan. Aku tak paksa tapi dia yang rela. Dia jugak dah pandai balancekan masa untuk game (dia sangat gila game) dan aku even kadang-kadang ada jugak yang dia terlajak. Aku pun apa lagi. Lancarkan peranglah. Bhahaha. Yang paling penting dia jugak dah banyak cuba nak repair balik salah dia masa dulu. Aku sedar tu cuma kadang-kadang aku terlupa. Sorry dear. Tapi dia tak patah balik macam perangai dia yang masa 1st year couple tu. Memang aku nak balik dia macam tu, tapi aku tak boleh paksa.
See, men and loves change due to the time. We never can expect that they will remain as the first year of couple. They will change. Definitely will change. Only one in the thousands of them that will remain their behavior forever. Kita sebagai perempuan sepatutnya memahami dan aku jugak sebab kadang-kadang kita tetap akan bergaduh perkara yang sama berulang-ulang kali. Just girls, please dont ever hope that your sweet boyfriend now, will be sweet ever after. So, you will not heart-broken sangat nanti.
Aku tulis pasal aku bukan untuk menayang atau buka pekuk di dada. Cuma ambil contoh yang pailng dekat iaitu diri sendiri. (:
2 comments:
haha tau takpe.
jangan arap laki yang kite kenal skang akan same pada masa akan datang.
betul tu. semua benda akan berubah ;)
Post a Comment