Thursday, April 28, 2011

MUSIM-MUSIM DALAM CINTA

Greetings.

Bercinta pun ada musim jangan tak tahu. Musim mengayat, musim mengawan, musim hempuk konkrit, musim pontianak mengilai. Haih (geleng kepala) dan sekarang ni aku rasa musim putus hubungan dan jawapan tipikal kenapa putus hubungan haruslah 'takde jodoh', 'tak persefahaman', bla.. bla.. Siapa yang nak bukak baju dalam cerita benda yang mesti bikin dia malukan. Tapi kalau simpan dalam hati lama-lama pun boleh jadi ketumbuhan woo. So, carilah orang yang betul-betul rasa boleh percaya dan luahkan semua kalau rasa hempuk dinding sampai pecah mengilai macam Kak Limah pun boleh jangan kau hempuk orang yang tengah dengar masalah kau je sudah.


Selalu kita asyik dengar orang dok mengata perempuan ja bila satu hubungan tu putus. Perempuan materialistiklah, kuat mengongkonglah, kuat merajuklah, kuat merampuihlah, kuat sosiallah, semua jenis kuatlah. Tapi betulkan kalau kau asyik nak merempit, nak pergi CC tak balik-balik dok mengadap game, tak mau belajar, buat apa perempuan nak stay lagi kalau tahu masa depan anak-anak dia nanti gelap? Lagi satu bila tanya itu ini sikit cakap mengongkong kalau buat tak tahu je cakap tak amik berat pulak. Kalau yang pesen kuat bersosial pulak, haih kalau awal-awal lagi kau tahu awek kau stok sosial, pasaipa yang gatal-gatal nak masuk line dulu. Sendiri mau tanggunglah. Tapi bila tanya perempuan (ni yang stock bukan player yee) jawapannya ada dua je. Satu lelaki tu taknak rosakkan dia atau dua lelaki tu curang. Err, boleh diterima tak hipotesis aku?

Untuk kes yang pertama banyak jadi bila perempuan mula berubah untuk kebaikan. Lelaki tu putuskan hubungan mungkin sebab malu sebab dia tak reti-reti lagi nak berubah atau pun di nak sokong perempuan tu merubah. Nak sokong kenapa putus? Yelah kalau couple banyak perkara yang boleh membantutkan perubahan ke arah kebaikan. Mungkin lelaki tu rasa kalau dia teruskan jugak hubungan dengan perempuan tu, dia akan merosakkan lagi perempuan tu, hai hati perempuankan macam kerak nasi, kulit bawang.


Untuk kes kedua pulak ada jugak sikit-sikit relate dengan yang pertama. Perempuan tu nak berubah contohnya. Dulu pasangan ni suka geli-geli. Tapi satu hari perempuan tu insaf dan taknak dah buat benda-benda macam tu. Yelah lelakikan, dah tebuk beratus perempuan pun, kahwin kalau boleh nak yang paling suci je. Sedangkan dia tak fikir badan dia tuh dah penuh kerak najis. Teremo pulak. Okey sambung balik. Lelaki tu pun berhentilah bergeli-geli dengan awek dia tapi kat belakang, bukan dua tapi lapan belas jadi bahan stok geli-geli tempat lampias nafsu syaitan dia. Demm! Lepas tu mulalah layan tak layan awek dia dan bila dah terkantoi bye-bye macam tu je. Lelaki macam ni haruslah bagi hukuman kerat anu dia tanpa ubat pelali.

Senang cerita, kita perempuan ni kena beringat jangan nak sayang lebih-lebih jangan nak havoc sangatlah masa bercinta. Belun tentu akan kahwin lagi dengan orang yang tengah kita dok sakan sayang ni. Peringatan ni bukan untuk korang je tapi untuk aku sekali. Peace.


Untuk perempuan-perempuan yang baru putus cinta atau dah lama putus cinta tapi masih tak dapat nak lupa, be strong okeh. Allah dah jadikan kita perempuan punya hati yang sangat kuat dan kena tahu yang Allah sangat sayangkan korang sebab tu Allah putuskan hubungan korang untuk bagi hati korang dijaga oleh lelaki yang paling terbaik. And remeber this, Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik. InsyaAllah. Nah, amalkan doa ni :






3 comments:

aida said...

wah. ada doa lah... tengs~~

Miss Lady Iena Nazir said...

senang cerita.
like!
c(;

http://redblackheart.blogspot.com/2011/05/13-tips-menghadapi-kecurangan-pasangan.html

D. Danish said...

@aida : amal-amalkanlah. hee

@Miss Lady Iena Nazir - the LIKE button is up there ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...