Assalamualaikum,
Pernah tak terbayang tiba-tiba perempuan itu, yang selalu setia di sisi, yang sanggup mendengar luahan hati kau, bagi sokongan, sanggup buat apa sahaja demi kau tiba-tiba.. hilang.
Hilang dari hidup kau. Masa itu dia takkan lagi melihat kau dengan rasa kasih, takkan lagi kedengaran suara lembutnya memujuk kau yang merajuk,takkan lagi kau dapat sentuh dan merasa kehangatan daripadanya. Pada masa tu apa yang kau akan buat? Meraung? Menangis menyesal? Apa gunanya lagi bila dia sudah tak mampu bersuara,melihat segala kesedihan kau tu. Kalau dulu pasti, tanpa ragu ditepuk-tepuk bahu dan dirangkul erat. Itu dulu. Kini?
Boleh kau bayangkan bagaimana hidup kau tanpa dia di sisi?
Imaginasi korang memang liar kan? then cuba bayang bila satu hari kau bangun dan kau tak nampak dia. Bila azan Subuh yang dilaungkan bilal, kau peluk erat bantal itu. Ditariknya selimut menutupi paras kepala agar tidurmu lebih enak. Kedengaran suara sayu ayah meminta kau bangun. Kau mengiring, pejam celik sampil ligat membuat keputusan. Dengan liat kau bangun. Hari ini terasa sunyi. Selalunya kau terbangun dek ketukan di pintu kayu itu beserta ngomelan perempuan itu, susah payah kau tinggalkan selimut yang tebal itu pabila telinga sudah kepanasan mendengar bebelan dia di pagi yang dingin ini.
Usai solat Subuh, tanpa wirid dan doa kau melangkah ke dapur. Suasana sepi. Selalunya kedengaran tingkah kuali dengan senduk bersama aroma nasi goreng kampung kegemaran kau tapi hari ini dapur itu sunyi tanpa penghuni setianya. Yang ada hanyalah lambakan pinggan mangkuk di singki yang sudah beberapa hari tidak dicuci. Kaki melangkah, mata mencari, mulut mula menutur kata apabila tiba-tiba minda berkata yang perempuan itu sudah tiada. Mutiara putih mula luruh di pagi yang kelam itu. Pipi gebumu basah, esakan makin meninggi.
Mungkin sekarang bagi kau dia hanyalah perempuan biasa. Yang hanya tau melakukan kerja rumah. Tempat kau meminta wang, tempat kau cari apabila lapar. Nanti bila dia sudah tiada, masa tu jugak kau akan rindu kat dia. Rindu masakan dia, rindu omelan rindu kehadiran dia rindu dan rindu je yang ada dalam kamus hidup kau. Cukupkah segala yang kau lakukan untuk dia sekarang? Nak balas jasa,tak mungkin akan terbalas.
Kalau tak mampu buat sesuatu yang istimewa untuk dia, cukuplah kau jadi anak yang baik, yang tidak menyakiti hati dia dengan suara kau yang tinggi itu. Dia tak perlu semua itu, sebab she have the best gift Allah can give her. You know what?
It's you. Bila kedengaran teriak kau sebaik dilahirkan hilang semua sakitnya. Hanya rasa gembira menyaluti hati si ibu. Dipanjatkan rasa syukur kepada Yang Esa.
Jangan sampai dia menitiskan air mata duka sebab kau yang tak sedar diri. Kau hidup kau ada atas dunia ni sebab perempuan itu juga tahu? Sila berpijak di bumi nyata ini. Air mata hanya untuk orang yang dikasihi bukan kerana disakiti oleh orang yang tak kenang budi. Satu hari nanti, hari ketiadaan dia akan datang juga. Tapi bila hari tu akan datang kita semua tak tau. Tak siapa tahu bila maut datang menjemput, samada kita dulu atau dia. Jadi hargai dia sekarang manalah tahu kau yang pergi dulu sebelum dia. Kalau kau mati dulu, biar dia bangga sebab kau mati sebagai anak yang menurut kata bukannya si celaka.
Bersediakah anda untuk hari itu?
# Esok-esok, bila Umi dah takde, baru awak rasa.
5 comments:
ak msih belum bersedia..
hmm..
*air mata menitis*
tapi lepastu buat lagi. Manusia, sekali ketuk sekali jalan.
sobbss...sobbssss..sobbbssss
@Aurelis : Aku rasa semua org tak bersedia.
@ismey : serupa saja kita. :(
@mendatak hijau : sila hargai ibu anda.
mak aku dh xde. dh cerita di atas aku sudah laluinya...
beban tahu~
Post a Comment