Pages

Wednesday, May 25, 2011

*Suster oh Suster


Hai perempuan,

Nurse adalah kerjaya yang paling femes dikalangan wanita selain cikgu. Hari ini aku cuma nak cerita mengenai nurse sahaja. Pasal cikgu lain hari lah. 

Dulu masa habis spm dulu mak tua aku (bukan mertua ya!) beriya-iya suruh aku masuk sekolah nurse. Tapi aku memang takde hati. Lagipun aku pernah bercita-cita nak jadi doktor. Apa kelas laa jadi nurse. Ceh! Ade ker nurse baca blog ni? Aku harap ada. Hahaha~ Tapi cita-cita nak jadi doktor tu terpaksa aku hentikan atas sebab otak aku tak boleh nak support fakta-fakta pelik. Maklum lah, aku ni bebal banyak. Dan kerja aku masa sekolah matriks dulu ialah mencuci tandas dan menghias bilik tidur. Orang lain sibuk siapkan tutorial, aku sibuk tengok katalog cadar. Sebab tu aku jadi penjual perabot sekarang ni. Bukan tokey tapi kuli jer... 

Berbalik pasal kerjaya nurse, aku memang tabik spring la pada golongan perempuan yang sanggup mengabdikan diri menjadi hamba pada masyarakat. Selain kerja-kerja hospital (aku tak reti nak terangkan macamana tapi korang pun tahu jugak la apa tugas-tugas mereka kan kan kann...), selain mencuci darah, mereka juga melakukan tugas-tugas ibu atau juga bibik seperti mencuci tahi, mandikan pesakit, tukarkan baju, pakaikan lampin. Hah, kalau lampin budak takpe lagi. Comel je pemandangan kat bawah tu. Kalau lampin orang tua??!` 

==" hhnnff hhhnnfff... tahan napas sekejap! 

Orang cakap kerana setitis darah, raja jadi bersiung. Musibah! Musibah! Satu kampung takut bertemu sang raja. Takut di sedut darahnya. 

==" 

Dan aku dengar cerita, kerana mulut badan binasa. Aku tak tahulah apa ada dengan mulut itu sampai-sampainya badan boleh jadi binasa. Mungkin sebab mulut bau longkang kott.... Pastu orang jadi histeria dengan bau mulutnya lantas terus cepat-cepat memberi jurus penampar sepak dan terajang pada badan si empunya mulut berbau itu. Kasihan! karma lettew! 

Ini adalah kisah benar. Benar-benar berlaku di kalangan nurse sekelian. Masyarakat nurse ini kemain seronoknya bermain-main dengan pesakit mereka. Sama ada itu cara mereka beramah-mesra dengan pesakit atau hendak menganiaya pesakit itu aku kurang pasti. Tapi memang agak musykil bila ada di kalangan masyarakat nurse ini mempunyai mulut yang berbau longkang. Adakah mereka tidak suka memberus gigi atau pun suka minum air kencing setan, itu aku tak berani nak jelaskan.Yang pasti, kejadian ini benar-benar berlaku. Dan yang menjadi mangsa adalah sesama spesisnya juga, iya, kita --perempuan.




"Cik akak oiii... tak payah la nak menjerit sakit kuat sangat! Kau main tak sakit! Ni nak beranak tau pulak kau sakit! Lain kali tak payah gatal nak buat anak!" Sambil buat muka menyampah pada seorang ibu muda nun di hujung wad bersalin. 

"Nana, nah ambik bawa balik buat sup! Hehehe~" Mencampakkan kaki yang baru dipotong kepada nurse yang bernama Nana. Dan semua di dalam dewan bedah ketawa berdekah-dekah. Seperti sedang berpesta meraikan kecacatan seorang makcik yang baru di potong kakinya akibat penyakit kencing manis.

"Kak Ati, tolong ambil jarum jahit yang baru. Patah pulak jarum ni. Haihh~ gila tebal kulit pan-tat akak kita ni. Hehehe~ Maaf ye kak. Saya pergi ambil jarum yang baru kejap." Nurse yang sedang menjahit pan-tat tadi meninggalkan pesakit yang baru lepas bersalin dalam keadaan terkangkang sendirian. Lemah. Lesu. Pasrah. Pan-tat tak payah cakap. Sempat beku terkena sejuk air-cond bilik pembedahan. 

Nurse yang di panggil Kak Ati tadi sempat celupar mulutnya, "Kau ni menjahit pan-tat buaya ke hape? Sampai patah jarum kau. Kikikiii~" 

Masyarakat kita sangat mengkagumi golongan nurse ini. Nurse juga adalah calon menantu dan calon isteri yang paling teratas dalam ranking di Malaysia. Orang lelaki Malaysia memang suka dan mudah jatuh cinta dengan perempuan kerja nurse ni. Aku pun heran apakah kelebihan mereka sampai penjual perabot macam aku ini tidak dipandang langsung oleh lelaki penjawat awam. Ok, lupakan hal itu. Yang pasti, golongan nurse ini sangatlah di pandang mulia. Kalau tidak, kenapa dunia mengiktiraf kerjaya ini sampai mengisytiharkan 12 Mei adalah hari meraikan mereka. Tapi tu lah, aku terkilan dan terkesima juga dengan kejadian hitam di sebalik warna putih bersih baju mereka. Ada hati yang kotor di sebalik baju itu. Ya, tidak semua begitu. Tapi aku sedih. Kerana ada sebahagian mereka yang tak reti nak memuliakan pesakit mereka. Rasa hormat mereka hanya ditunjukkan di depan keluarga pesakit. Tapi di belakang, di dalam kelompok mereka, semua itu jadi bahan untuk menganjing sesama kita. 

Aku tak cakap semua. Tapi memang ada. Dan aku serius takut untuk berdepan dengan mereka ini. :(


Juga aku takut terjumpa suster ngesot ke suster keramas ke malam-malam di dalam wad nanti masa aku sakit di tahan di hospital. Maklum. Ada di kalangan suster-suster ini terkarma akibat mulut longkang mereka. Siang jadi orang. Malam jadi jadi-jadian =="""""




Pstt... nobody is perfect. 




14 comments:

sahidzan said...

uniform putih nurse itu menarik perhatian gua. Apatah lagi bila masa balik kerja. keluar berderet-deret.

Makwe-makwe nurse lah, bukan yang makcik makcik tu. kehkehkeh!

Sofea Iman said...

hurmm betol2 selalu berlaku!!
sya kerja kat part time kat hospital ampg sebelom niyh so memg sya dh nmpk perangai n mulut sampah nurse uh,, sentiasa berlaku,, dorg niyh sebenarnye dr org kampg2 yg x tau keje pe uh yg mcm uh,,
sorry to say that the truth ugly we should know about this,,

MiZ Rayy said...

penah gak nurse tu nk tengking aku, aku apa lg, ingat hang sorg reti tggikan suara.. terus diam.. ingt aku tkot sngt ke hah??

Ismira Ishak said...

Okay. Kena cari story lain.

baru nak up pasal ni. -.-

catherine- said...

PK: kan kann! aku dh agak dhh~ bakal wife ko pun bakal2 staff hospital jugak kan`? ;p~


Sofea Iman: bukan pasal org kampung, tp pasal sikap! sikap!
org kampung ke, org bandar ke tp kalau perangai x reti jaga begitulah jadinya.

aduii~ aku teremo.


Miz Rayy: dia tengking ko apa weih?? mari kita keramas dia beramai2 mahu?? *tanduk!

Ismey memey syg~: erkk... hehe~ buat je with ur point of view n ur creative writing skill ;)

masing2 punya pengalaman berbeza bukan~

Khaisya said...

hihi...kesian sy penjual kek xda pun org nak pandang..haihhhh...

intan.maisarah said...

............saya penjga bayi nakal
lagi tida yng pndang
haihh

Marhaenonymous said...

nurse nampak seksi dalam pakaian seragam..hehe

Anonymous said...

baru tau ada nurse camtu eh.. lol =='
yg aku slalu jmpe, mereka sangat garang bila bekerja.

whuawhua

nuratie said...

x baik kata cam g tu.... ada yer ada x yg mlt cm longkang... (hati suci) xda diarang susah kita.... tp sian p kerja baju x lh colorful... hahaha

raihanmaskuriy said...

huu~saya takut dengan nurse. dan jugak doktor. benci! benci!

lilymokhris said...

itu nurse tak cukup sekolah lagi..kena sekolahkan dia!
cat..kita buat hari pekerja kedai perabot..hehehe

Anonymous said...

salam,,saya delah bakal nurse (:
mmg tidak dinafikan perkara2 yg macam blogger nie ckap,,tp pnh x korg pkir,klu korg berdepan dgn org yg degil, xnk dgr ckp,,srh mkn ubt x nk mkn,pastu coplain x baik2,,
abis bler nk wat aper rawatan kat pesakit x nk bg kerjasama,,kat hospital makin lama mkin ramai org bkn mkin skit,,bnyak lg pesakit korg nk tgk,,even de student nurse,,
kami (stndent nurse) muda lg dh skit kaki,,
siap kuar urat2 kat kali,,so kita x boleh nk blame mane2 pihak kn,,
tp bg saya,lain org lain cara diorg wat kerja,,

Anonymous said...

salam,,saya delah bakal nurse (:
mmg tidak dinafikan perkara2 yg macam blogger nie ckap,,tp pnh x korg pkir,klu korg berdepan dgn org yg degil, xnk dgr ckp,,srh mkn ubt x nk mkn,pastu coplain x baik2,,
abis bler nk wat aper rawatan kat pesakit x nk bg kerjasama,,kat hospital makin lama mkin ramai org bkn mkin skit,,bnyak lg pesakit korg nk tgk,,even de student nurse,,
kami (stndent nurse) muda lg dh skit kaki,,
siap kuar urat2 kat kali,,so kita x boleh nk blame mane2 pihak kn,,
tp bg saya,lain org lain cara diorg wat kerja,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...