Pages

Saturday, May 14, 2011

Ibu dan Kau

Assalamualaikum,

Memandangkan hari ibu di lihat berleluasa dicanangkan tahun ini, mari kita lihat ianya dari sudut Islam.Ingin menceritakannya dengan ringkas agar tidak meleret.

Kembali ke kisah di zaman dahulu :

Kisah Teladan :

Seorang anak lelaki yg di mana sebelum ini memuliakan ibunya,menjaga solat dan beramal.Namun semenjak berkahwin, dia sedikit mengabaikan ibunya, dimana ibunya tinggal serumah dan diletakkan di bilik bawah, manakala dia di bilik atas bersama isteri. Ibunya berkecil hati kerana itu.

Hal kecil bukan? Akibatnya, ketika dia sedang nazak, dia tidak mampu mengucap. Sehinggakan nabi mengarahkan beliau dibakar kerana ibunya tidak memaafkan beliau.Mendengarkan itu, baru ibunya memaafkan dan beliau mampu mengucap dan meninggal dengan tenang.

Kuasa seorang ibu itu kuat.Kata-katanya merupakan doa mustajab.Jangan biarkan dia terasa hati walau sedikit.Dan aku sedang cuba melakukan ini.Insyaallah.

Rasionalnya hari ibu, walau ada khabar mengatakan ianya haram, aku merasakan ini sebahagian drpd cara nak memuliakan ibu bapa.Selain bersama/berhubung dengannya, tak salah jika satu hari kita mengekspresikannya dengan material.

Kau tak ada duit? Aku ada tengok Wanita Hari Ini minggu lepas.Seorang ustaz menjawab persoalan seorang pengacara yg sebelum tu bising2 cakap tak bagi hadiah.Beliau berkata :

“sebaik-baik pemberian untuk ibu adalah dengan berpuasa dan diniatkan pahala kepada ibunya”

Ambik kau, terkedu pengacara itu.Material bukan segalanya, tapi kalau nak bagi tak salah, niat kalian pasti di ketahui Allah, insyaAllah.

Eh cakap banyak pulak, muliakan ibu kalian ya? Sama-sama berdoa dan bertindak untuk tidak mengguriskan hati ibu. Goodbye.

795563212b2755d911843895af6b1229_large



4 comments:

Sang Gabriel said...

kau tahu minggu setiusaha? biasanya ia disambut dengan show mahal di hotel elit

♛ Bini Ronaldo said...

ya saya tahu, tapi itu macam jengkel, sbb setiap tahun pun mesti artis jemputan ialah Anuar Zain?

Sang Gabriel said...

kau tahu kenapa setiusaha gilakan anuar zain? kerna suara anuar zain itu sebijik macam suara saya

♛ Bini Ronaldo said...

awak ni perasan la.
apa kata bagi no telefon dan cuba menyanyi kpd saya :)

saya cantik tahu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...