Pages

Thursday, May 19, 2011

*Jatuh Cinta

Jatuh cinta berjuta rasanya
Biar siang biar malam
Terbayang wajahnya


Jatuh cinta berjuta indahnya
Biar hitam biar putih
Manislah nampaknya


Dia jauh aku cemas tapi hati rindu
Dia dekat aku senang tapi salah tingkah
Dia aktif aku pura-pura jual mahal

Dia diam aku cari perhatian



Jatuh cinta berjuta indahnya
Di pandang di belai amboi rasanya
Jatuh cinta berjuta nikmatnya

Menangis tertawa karna jatuh cinta
Oh asyiknya



Perasaan jatuh cinta itu indah seperti menikmati cheese cake semasa harijadi.
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti mendaki gunung fuji sampai ke puncak dan melihat matahari terbit di celah rimbunan bunga sakura. (ceh! khayalan melampau)
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti kali pertama khusyuk mendirikan solat subuh di pagi Jumaat.
Perasaan jatuh cinta itu indah seperti …bla …bla. …bla... apa sajalah yang kau mahu huraikan. Yang pasti perasaan itu tersangatlah indah hingga tak tahu perlu diungkapkan bagaimana lagi. Kalau boleh di buat bentuk, akan jadilah seperti tugu berbentuk dua ekor ikan todak biru yang saling bercumbu di tengah roundabout bandaraya Kota Kinabalu. Atau pun boleh disamakan dengan menara berkembar KLCC yang teguh berdiri mencakar langit biru. Siang- matahari, pokok dan unggas menjadi saksi. Malam pula, bulan dan bintang mengganti. Tanda cinta berahi antara dua hati yang sedang dibuai asmara. Ahh, apa saja pun bisa menjadi simbol cinta. Simbol berahi. Simbol asmara.

Jatuh cinta itu bukan lah lucah. Siapa bilang lucah memang dia pendek akal. Mahu aku hempuk kepalanya ke dinding rumah jiran sebelah. Jika di tanya pada budak sekolah sekarang, macam-macam ungkapan cinta mereka boleh berikan. Tapi zaman awal 90-an dulu, kalau aku bercakap pasal cinta mak mesti marah. Uhh!

“Cinta itu bila saya berjalan berpegangan tangan bersama Tasya.” –Ravinder, 11 tahun.

“Cinta itu di sekolah kami sama-sama, pergi tuisyen sama-sama, pergi mengaji sama-sama dan bermain sama-sama di padang depan rumah.” –Alisia, 9 tahun.

“Cinta itu ialah mummy cium tangan daddy, pastu daddy cium mummy, pastu saya dan adik cium daddy dan mummy sebelum pergi sekolah.” –Danish 6 tahun.

"Cinta itu ermm... bila dia hadiahkan saya perfume BVLGARI pada Hari Valentine." -Nurul, 16 tahun.

Orang bilang, bila cinta sudah melekat, gula jawa pun rasa coklat. Kikikikiii~ sampai macam tu sekali penangan cinta. Sama ada cinta itu jarak jauh atau pun dekat, cinta sekarang tiada alasannya. Tiada istilah perbezaan umur mahupun bangsa. Tempat lahir dan juga keturunan. Saiz badan dan warna kulit. Topup dan bil internet. Duit? ;p~ Mungkin boleh berkongsi poket. Ahh, yang penting hati sudah suka sama suka. Sudah saling terpesona. Kau + Aku = Kita.

Untuk perempuan yang pertama kali merasa debaran cinta itu, aku ucapkan tahniah. Jaga perasaan itu elok-elok jangan sampai kau berbogel di atas ranjang tanpa akad nikah yang sah. Tapi aku tak salahkan kau jika kau terpusing tiga ratus enam puluh darjah saat cinta menguasai diri. Kau rela, dia tak paksa. Tapi kalau si dia tidak bertanggungjawab atas kekhilafan mu itu, dan dia menuduhmu murah dan sundal dan apa saja panggilan puaka untuk dirimu, jangan lah menyesal. Nasi sudah menjadi bubur. Tapi tidak bermakna bubur tidak boleh dijamah lagi. Tapi rasanya agak ... hmm kurang enak. Kau nak jadi nasi atau nak jadi bubur? Pilihan di tangan sendiri. Heyy...! Bubur itu makanan untuk orang sakit tahu! 

Untuk perempuan yang sudah beberapa kali merasa debaran cinta dan ada yang sudah tidak rasa lagi debaran seperti pertama kali dulu, seperti aku, ehem… di doakan semoga cinta kali ini lebih bertahan lama. Moga cinta kali ini kekal sampai ke syurga. Ya.. moga kau tidak dikhianati lagi. Moga kau tidak di sakiti lagi. Moga kau tidak kecewa lagi untuk ke lapan belas juta kalinya. Moga kau tidak lagi berlaku curang. Bawa-bawa bertaubat. Hal yang lepas usah di kenang. Kalaupun masih sukar untuk dilupakan, janganlah sampai memudaratkan hubungan yang baru mula berkembang. Moga segala yang baik-baik saja untukmu...

Tapi jika masih lagi kecundang, kau aku nasihatkan mandilah air bunga tujuh jenis tujuh warna tujuh tempayan. Aku ulang. Mandilah air bunga tujuh jenis tujuh warna tujuh tempayan. Bukan jumpa bomoh. Tapi mandi sendiri. Baca selawat dan niatkan. Bagi yang bukan Islam pun boleh cuba. Masa mandi tu niatkanlah untuk kesihatan jiwa. Bunga itu sebenarnya untuk mengembalikan semula aura seri yang sudah hilang. Dah kau asyik kecewa menangis sampai sembap mata, sudah tentu seri wajah pun padam. Kau pakai makeup tebal pun masih tak akan dapat naikkan seri dalaman tu. Percayalah. Setiap apa yang kita impikan haruslah ada usaha untuk mendapatkannya di samping tidak lupa untuk berdoa. Heyy... bukankah cinta dan bunga saling senggama? ;) Ada perempuan yang tak suka bunga? Dia pentipuukkk!  

Untuk pasangan yang sedang bercinta, aku ucapkan selamat berbahagia. Aku doakan bahagia kalian sampai ke syurga.

pstt...muah!



11 comments:

Marhaenonymous said...

wahh!! hebatnya perasaan tika bercinta.

benarlah penangan cinta bisa buatkan manusia asyik di buai persona asmara.

namun hati-hatilah dengan cinta yang palsu berhiaskan nafsu.

Sang Gabriel said...

dulu di kalangan aku dan rakanku, benda paling anti ialah cinta, benda paling annoyed ialah perempuan.

tp skrg semua berubah kot, yup, masing2 paham masing2 sudah berumur, sudah layak cari pasangan idup

bila xleh melepak spt dulu, masing2 paham masing2 ada komitmen masing2

Ismira Ishak said...
This comment has been removed by the author.
Ismira Ishak said...

rasanya orang tengah bercinta ni lagi dahsyat. Solat subuh pun tak confirm sekhusyuk tu.

raihanmaskuriy said...

this is sweet rina.

catherine- said...

pena marhaen: camne nk tahu cinta palsu? sila tunjukkan pdku..


gaban morka: yer... itu la hidup namanya...


ismey: ibaratkan jer... kikkikii.. aku main tulis sesedap jari..

tp mmg kalau dpt solat yg khusyuk tu..mmg indah.tp ade ke?? =="


serenity: ;) tQ~

intan.maisarah said...

indahnya cinta..
saya mahu bercinta!

Khaisya said...

nk berchentaaaaa dgn kamuuuuuuuuuuuuuuuuu....weeeeeeeeee...weeeeeeeeeeeee

Ismira Ishak said...

seumur hidup pun aku tak tahu bila yang aku pernah betul-betul khusyuk -.-'

intan maisarah : syok ke bercinta? taklah. haha

intan.maisarah said...

nak bercinta dengan rin sayang :)

Anonymous said...

this one is totally awesome...
very nice..
enjoy reading it vry much ^_^v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...