Okay isu kali ni tak ada kena mengena dengan awak ye para nyah. Sebab korang takde rahim walaupun ada vagina palsu.
Aku agak mesti ramai lagi perempuan kat luar sana yang masih musykil dengan isu ni, Istihadah atau darah penyakit. Apa istihadah tu sebenarnya? Istihadah tu darah yang keluar bukan pada waktu haid ataupun nifas.
Betul tak bila aku cakap yang kita selau keliru sama ada kita tengah haid lagi atau istihadah. Ada beberapa cara yang kat sini yang aku nak share dengan semua untuk kenalpasti masa bila kau istihadah.
1. Wanita yang memiliki masa haid yang tetap.
Okey pada golongan ni sangatlah bertuah sebenarnya. Sebab kau mesti dah tahu tarikh yang tetap bila kau akan datang haid. Jadi tarikh lain selain tarikh wajib kau datang haid tu dikira istihadah, Sebagai contoh, seorang wanita yang selalunya didatangi haid 7 hari sebulan pada setiap awal bulan. Jadi 7 hari pertama pada setiap awal bulan tu adalah darah haid. Manakala hari-hari yang seterusnya kalau ada keluar darah lagi, itu dikira darah penyakit/istihadah.
2. Wanita yang tidak mempunyai tarikh haid yang tetap.
Kes macam inilah yang selalu menjadi. Kita tak tahukan sama ada darah yang keluar haid atau istihadah. Bagi wanita yang menghadapi masalah ni, kenalah alert sikit dengan membezakan sifat-sifat darah tersebut. Sebagai contoh, darah yang berwarna merah kehitaman / berbau / pekat adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah. [ Alert : darah haid berbau hanyir manakala darah istihadah berbau seperti keputihan ] Ataupun darah istihadah ni boleh dikenalpasti dengan kiraan. Rajin-rajinlah sikitnya tanda kalendar masa hari pertama datang haid tu. Tempoh maksima untuk haid adalah 15 hari 15 malam. Jadi, jika dah lebih dari tempoh tersebut dan darah masih keluar, cepat-cepatlah mandi wajib dan solat seperti biasa.
Persoalan lain yang selalu ditanya tentang istihadah ni adalah tentang hukum-hukumnya. Boleh solat ke tidak, macam mana cara nak solat, bla..bla..
Okey, bila dalam keadaan istihadah, solat adalah WAJIB macam biasa. Tetapi, setiap kali nak solat, mesti membersihkan darah istihadah dan berwudhuk. Ingat! Setiap kali nak solat. Pagi-pagi buta kau bangun nak solat subuh pun, kau mesti bersihkan bahagian sulit tu, pakai pantyliner atau pad kalau darah banyak sangat then berwudhuk baru boleh solat. Kalau lepas dah dibersihkan pun, darah tetap keluar selepas berwudhuk, wudhuk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Pada si isteri, jangan risau. Anda masih boleh menunaikan tanggungjawab batin kepada suami masing-masing. Hehe.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. [al-Baqarah 2:222] Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.
Kredit : [link] dan [link]
10 comments:
1
2
ow.
>.<
*masuk tandas laju-laju*
kerusi tu. bangun bangun
cis! ><
kerana diriku begitu berharga~~
kerusi itu... lucif jadik x tentu arah jadinya. hahaha~
selepas 15 hari la...baru dikira darah berpenyakit...
kalau sifatnya adalah istihadah tetapi masih dalam tempoh 15 hari haid?
Untuk soalan aina ni..chek u punya haid jenis tetap ke x..mean klu ur period mmg lazim less then 15 days..cth biasa kene 7 hari..so after hari y kebiasaan tu dikira istihadah la..tp klu x tetap..ikut kadaan darah tu mcm mana..actualy i pnh tnye ustaz..dia ckp woman tu lebih arif keadaan diri dia..sekian. :)
Post a Comment